Memutihkan nama Libau “Rentap”

Diambi ari Surat Kabar KOSMO

Sehingga kini ramai penulis Barat masih menganggap pejuang kemerdekaan Sarawak, Rentap sebagai lanun.

WARIS keturunan pejuang kemerdekaan Sarawak yang tersohor, Rentap, menyambut baik usaha menerbitkan filem mengenai pahlawan itu.

Jurucakap waris itu, Luyan anak Bunsang, semasa dihubungi berkata ini akan membolehkan Rentap atau Libau yang digambarkan oleh penulis Barat sebagai lanun dan pemburu kepala semasa zaman pemerintahan Inggeris (1842-1946), lebih dikenali dan difahami oleh generasi muda, khususnya masyarakat Iban.

Katanya krew syarikat itu telah melawat Rh. Unjar (rumah panjang Luyan), Rh. Jawa dan Rh. Sedik, dekat memorial Rentap di Bukit Sibau di Ulu Sungai Wak, Pakan, di Divisyen Sarikei.

Rentap berasal dari Skrang dan ketika remaja, beliau menyertai ekspedisi laut bersama-sama pemimpin Iban seperti Orang Kaya Pemancha Dana Bayang dari Saribas.

Beliau kemudian mengetuai banyak ekspedisi sehingga dikenali sebagai pahlawan Skrang.

Semasa James Brooke menjadi Raja Sarawak pada 25 September 1841, beliau mengisytiharkan kaum Saribas dan Iban Skrang yang berjuang di laut adalah lanun.

Rentap pertama kali bertembung dan bertempur dengan kerajaan Brooke di Kerangan Peris di Skrang pada Ogos 1844.

Pada awal 1853, beliau dan pengikutnya menyerang Kubu Lingga milik kerajaan Brooke di Lintang Batang di mana menantu lelakinya membunuh Allan Lee, komander di kubu itu.

Tahun berikutnya, Rentap berundur ke Bukit Sadok (dalam Divisyen Sri Aman) di mana beliau membina kubu selepas ditewaskan di kubunya di Sungai Lang, Ulu Skrang.

Di sana, beliau menjadi terkenal dan menumpaskan banyak cubaan kerajaan Brooke untuk mengambil alih Skrang dan Saribas.

Keadaan itu mendorong banyak cubaan oleh Brooke untuk menewaskannya.

Pada September 1861, dalam cubaan ketiga mereka dengan meriam yang lebih besar, pasukan tentera Brooke di bawah pimpinan Charles Brooke akhirnya berjaya memusnahkan kubu Rentap namun pahlawan itu dan pengikutnya berjaya menyelamatkan diri.

Walaupun tewas, Rentap tidak pernah secara rasminya menyerah kalah dan berundur ke Bukit Lanjak, kemudian ke Ulu Entabai dan ke Sungai Wak di Julau di mana beliau meninggal dunia akibat sakit tua pada 1870. Beliau dilumbongkan di Bukit Sibau.

http://tusunterabai.wordpress.com/rentap-bahagian-pertama/memutihkan-nama-rentap/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s