Faktor- faktor Kekalahan Libau “Rentap”

1. Faktor kekurangan ilmu pengatahuan.

Dengan ilmu dan kebijaksaan merekalah James Brooke dapat memanipulasi orang Iban supaya menyokongnya. Begitu juga dengan orang-orang Iban, kerana kekurangan Ilmulah mereka semakin lama semakin ramai berpaling tadah menyokong James Brooke, bukannya disebabkan kekurangan keberanian.

Namun demikian, adalah mustahil untuk menyamakan ilmu pengetahuan Rentap dengan ilmu yang ada pada orang Iban kini. Lebih dangkal lagi sekira nya kita mengatakan bahawa Rentap dan para pengikutnya tidak berilmu langsung, kerana secara amnya orang-orang Rentap sudah terbukti mahir berperang di laut, sungai atau di darat, seperti dalam petempuran di Kerangan Peris, Nanga Skrang dan Beting Maru serta seperti yang mereka lakukan di Pontianak, Sambas dan Singkawang (1840-an).

Faktor kedua:

2. Orang Iban tidak bersatu.

Satu lagi faktor penting yang membawa kepada kegagalan Rentap ialah kerana orang Iban telah bukan sahaja berpecah-belah malahan telah bermusuhan sejak sebelum James Brooke datang ke Sarawak. Pada awal kedatangan James Brooke orang Iban terbahagi kepada kelompok Skrang-Saribas yang saling bermusuhan dengan Iban Undup-Banting -Lingga – Sebuyau (Lundu). Setelah James Brooke mula berkuasa dan bertindak terhadap penentangnya, orang Iban semakin berpecah. Misalnya Iban Skrang telah terbahagi dua, di mana Iban Ulu Skrang menyokong Rentap dan Iban di hilir Skrang di bawah pimpinan Orang Kaya Gasing, Sandom dan Bulan Genaya menyokong James Brooke. Begitu juga dengan Iban Saribas, setelah kematian Aji, saudaranya Nanang dan Luyoh telah dieksploit oleh Charles Brooke supaya berpaling tadah.

Iban di Saribas telah berpecah kepada kelompok Bunyau apai Bakir dan adiknya Maoh di hilir Saribas yang menyokong Kerajaan Brooke dan Aji anak OKP Dana Bayang di Hulu Layar yang masih ingin terus menentang Brooke. Bunyau apai Bakir adalah cucu kepada Unggang Lebor Menoa pemimpin yang menjadi pelopor kebangkitan Iban Layar kira-kira 100 tahun sebelum kedatangan James Brooke. Setelah kematian anak-anak Unggang Luta, Mulok dan Ketit dalam eksepedisi ke Pulau Belitong kuasa Iban Batang Layar beralih ke tangan OKP Dana Bayang di Padeh. Ironinya, setelah beberapa keturunan cucu-cucu Unggang agak kurang menonjol di Saribas akhirnya berjaya dipujuk oleh James Brooke untuk memihak kepadanya dalam menentang anak-anak Dana Bayang yang diketuai oleh Aji@Saji. Begitu juga dengan Linggir Mali Lebu dan Minggat, pemimpin Iban Paku dan Kalaka yang paling berpengaruh di Kalaka-Saribas walaupun pernah menjadi sekutu Aji dan Rentap dengan rela hati menyerang orang orang Iban di Jaloh (Tembawai Jaloh Alah), kerana mereka sering membekalkan garam kepada orang-orang Rentap di Bukit Sadok.

Perpecahan dalam kalangan orang Iban semakin parah setelah OKP Nanang dan adik-adiknya tunduk kepada kerajaan dan tidak mahu lagi bersama Rentap di Bukit Sadok. Menurut Edmund Langgu, kejayaan Charles Brooke mengalahkan Rentap dalam ekspedisi Sadok yang Ke-3 1861 adalah kerana Rentap dikhianati oleh Iban Layar kerana dalam dua ekspedisi termasuk kejayaan Charles Brooke 1861 adalah melalui Batang Layar manakala dalam ekspedisi Sadok yang pertama Charles Brooke melalui Batang Skrang. Ironinya, kebangkitan kuasa Iban Layar-Saribas dimulakan oleh Unggang Lebor Menua, tetapi kemudiannya semakin lemah apabila cicit Unggang, Bakir di Hilir Layar memihak kepada James Brooke untuk menhgapuskan anak-anak OKP Dana Bayang di Hulu Layar.

Charles Brooke sejak awal-awal lagi sudah dapat membaca sikap kesetiaan kepada pemimpin dalam kalangan orang Iban dengan melantik beberapa orang pemimpin seperti OKP Nanang, Pengarah Ringkai, Penghulu Dalam untuk memegang jawatan tertentu kerana menyedari betapa senangnya mengawal Iban melalui pemimpin mereka. Bagi era moden ini barang kali Peristiwa Ming Court 1987 sangat sesuai dijadika contoh bagaimana pihak tertentu dapat menggunkan faktor kesetiaan kepada pemimpin ini untuk terus memecah dan memecah-belahkan kita. Selain itu, para pemimpin Iban sendiri, terutamanya orang politik juga sangat bijak memanipulasi kesetiaan orang kepada pemimpin ini, mereka hanya perlu menjaga hati pemimpin bawahan seperti AJK parti, Penghulu, Tuai Rumah, kaunselor dan JKKK.

Kesimpulan.

Memang banyak faktor yang telah membawa kepada kegagalan Rentap, namun kedua-dua faktor yang telah dihuraikan di atas begitu penting. Sebenarnya survivor perjuangan Rentap pada peringkat awal adalah kerana mereka bersatu walaupun mereka kekurangan ilmu. Iktibarnya di sini, supaya orang kita terus relevan dan maju seriring dengan orang lain ialah kita mestilah berilmu dan bersatu.

http://tusunterabai.wordpress.com/rentap-bahagian-pertama/kejatuhan-rentap-dan-iban-kini/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s