Beza antara Gawai Kenyalang dan Gawai Burung

Gawai Kenyalang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gawai Burung merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh.

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Kenyalang, Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia).

Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.

Gawai Kenyalang adalah upacara yang paling tinggi untuk menadakan kehebatan dan pencapaian seseorang yang meraikannya. Gawai ini diraikan selama 7 hari 7 malam dan pada hari kelapan, patung seekor burong kenyalang (enggang) akan diletakkan di atas tiang chandi di tanju rumah panjang. Burung Kenyalang adala raja kepada segala burng di dunia ini.

Gawai Burung adalah untuk menyembah Sengalang Burung iaitu Burung Helang dan para menantunya yang menjadi 7 ekor burung omen (pantang atau berbisa). Mereka ini tinggal serumah di Tansang Kenyalang.

Pesta Gawai Dayak yang disambut sebagai menyambut musim menuai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan kesyukuran, Gawai Bersimpan Padi di atas sadau, persembahan tarian, minuman tuak ‘arak beras’, dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Gawai Burong disambut secara besar-besaran dalam sembilan peringkat yang dipecahkan seperti berikut:

) Gawai Kalingkang
) Gawai Sandong
) Gawai Sawi
) Gawai Salangking
) Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun
) Gawai Gajah Meram
) Gawai Meligai
) Gawai Ranyai or Mudur Ruruh
) Gawai Gerasi Papa

Bagi setiap peringkat gawai burong, tiang yang dikenali sebagai “tiang chandi” dibina, dengan patung burung Kenyalang diletakkan di puncaknya semasa kenduri.

Bahan yang digunakan bagi membina Tiang Chandi adalah seperti berikut:

Bagi Gawai Kalingkang, tiang suci dibina dengan buluh payan, setinggi sembilan kaki tinggi, dengan balang diletakkan pada pertengahan tiang, sebagai bungkong/simpulannya;

Bagi Gawai Sandong, tiang suci dibina dengan pokok Selangking;

Bagi Gawai Selangking atau Lamba Bumbun, tiang suci dibina dengan teras (kah) pokok selangking;

Bagi Gawai Mulong Merangau, tiang suci dibina dengan dahan pokok Durian dan dibengkokkan seperti pokok Sagu tua yang buahnya telah gugur ke bumi;

Bagi Gawai Gajah Meram, tiang suci dibina dengan dahan kukuh dengan dahannya dihiasi dengan tengkorak dan daun kelapa isang;

Bagi Gawai Ranyai atau Mudur Ruruh, tiang suci dibina dengan seberkas lembing pahlawan yang telah digunakan bagi bertempur dengan musuh semasa bertempur;

Dan bagi Gawai Gerasi Papa, tiang suci dibina dengan bentuk mambang pemburu atau antu gerasi papa melengkung di puncaknya.

Sama juga mentera yang dibaca oleh lemambang berbeza pada setiap tahap, tetapi upacara ini secara keseluruhan, mengekalkan asas lakaran kecuali setiap satunya diakhiri dengan ayat berlainan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Kenyalang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s