Ilang, nyabor, pedang ngau terabai

SEJARAH PARANG ILANG

Salah satu senjata tradisional yang menjadi Warisan Negeri Sarawak sehingga ke hari ini ialah Parang Ilang.

Pada era peperangan menentang penjajah, parang ilang dijadikan senjata untuk berperang.

Pahlawan seperti Rentap menggunakan Parang Ilang dalam penentangan beliau ke atas penjajahan Raja Brooke di Sarawak.

Bagaimanapun, berakhirnya zaman peperangan pada abad ke-20, parang digunakan oleh orang-orang Iban dan kaum-kaum Dayak lain untuk pergi berburu, mencari sayur-sayuran di hutan, melakukan kerja-kerja di kebun, menebang pokok dan sebagainya.

Kepentingan parang ilang bagi masyarakat peribumi Sarawak sama seperti keris yang digunakan oleh orang-orang Melayu.

Seperti keris, parang ilang juga mempunyai ulu, sarung dan bilah parang. Ulu parang biasanya diperbuat daripada kayu dan lazimnya ia mempunyai ukiran serta hiasan tertentu.

Setiap bilah parang mempunyai panjang yang berbeza iaitu dari 70 hingga 80 sentimeter.

Bahagian hujung parang ini agak runcing dan lebarnya sekitar enam hingga tujuh sentimeter manakala di bahagian pangkal ia hanya selebar tiga hingga empat sentimeter.

Di bahagian belakang parang ini juga terdapat ukiran yang diperindah dengan logam tembaga berwarna kuning keemasan.

Secara umumnya, bentuk parang ilang dalam suku kaum Iban, Kayan, Kenyah, Penan agak sama, cuma yang membezakannya ialah saiz dan bentuk bilah (sama ada melengkung, lurus atau condong ke belakang).

Ciri-ciri inilah yang membezakan sama ada ia dibuat oleh kaum Iban atau Kayan.

Parang ilang kaum Iban atau ‘Nyabor’ misalnya berbentuk seperti pedang samurai manakala parang yang dihasilkan kaum Kayan bilahnya panjang seperti pengait.

Pada hari, parang ilang ini menjadi simbol budaya kaum peribumi di Negeri Sarawak.

Kini, parang ilang dihasilkan dalam pelbagai variasi yang unik dan menarik.

Malah, parang itu sering dijadikan cenderamata atau buah tangan kepada para pelancong yang datang ke sini.

Seni yang terdapat pada parang ilang sememangnya sukar digambarkan, namun ia tetap menarik jika disimpan sebagai kenang-kenangan.

http://parangjohnny.blogspot.com/2012/03/bengkel-tukang-parang-sibu-sarawak.html

Senjata lama yang lain termasuklah parang nyabor, pedang salin, sumpit dan terebai.

Parang nyabor

Panjang parang nyabor ini adalah kira-kira sedepa.

Bilahnya melengkung ke bahagian atas dan belakang parang ini yang menjadi tulang belakangnya yang lebih tebal daripada bahagian bawah bilah.

Hulunya boleh jadi diperbuat daripada kayu atau tanduk rusa. Biasanya, bahagian bawah hulu nya adalah bercabang ke arah depan bilah parang ini.

Selalunya, hulu parang orang Iban memeng dihiasi dengan ukiran cantik seperti bentuk lintah (leech design).

Bagaimanakah melembutkan tanduk rusa yang kereas itu untuk senang diukir? Ada caranya tapi belum lagi dapat bertanya atau menyaksikan orang tua-tua mengukir hulu parang tanduk rusa.

Kalau kayu digunakan untuk hulu parang, biasanya kayu itu mestilah liat dan keras tapi masih boleh diukir dengan pisau keluli (lunga).

Aspect hulu parang nyabor ini agaj berbeza dengan hulu parang ilang yang selalunya mempunyai cabang hulunya menghala ke arah belakang bilah.

Oleh itu, hulu parang ilang tak mungkin tersangkut semasa dibawa berjalan dan diikatkan di pinggang seperti semasa berjalan di hutan rimba atau semasa belanggar dengan musuh.

Satu lagi beza parang ilang dengan nyabor ialah bilah ilang adalah dinipiskan pada sebelah kanan dan sebelah kiri adalah rata.

Ciri ini membolehkan mata atau bilah parang ini masuk dengan mudah ke dalam kayu atau barang yang diparang (dipantap) itu.

Manakala, bilah parang nyabor adalah kedua-dua muka bilahnya adalah dinipiskan ke hujung mata tajam bilahnya.

Pedang salin

Panjang bilahnya adalah kira0kira sedepa.

Bilahnya adalh lurus biasanya dan tebal di garis tengah bilah and menipis dan menajam ke kedua-dua tepi bilah.

Lebar bilahnya mungkin 3 telunjuk jari dari pangkal ke hujung bilah.

Hulunya adalah diperbuat daripada tembaga yang ada sengkang di antara jari pemeganng dan pangkal bilah. Bentuk hulu tembaga ini biasanya oval untuk senang digenggam. Hulu tembaga ini biasanya dijual di kedai-kedai Cina di bandar-bandar seperti Sibu.

Apakah maksud salin? Bagaimanakah bilah pedang salin ini dibuat (dikamboh)? Betul seperti membuat bilah pedang semurai? Ataupun macam membuat bilah parang lain iaitu memukul sekpeing logam panjang untuk membentuk bilahnya.

Proses ngamboh

Untuk melembutkan besi, ia akan dibakar dalam api arang.

Putan akan digunakan untuk meniupkan api arang supaya mau menjadi merah.

Putan adalah sebenarnya sebuah kipas yang ada beberepa bilah atau daun kipas (mungkin 3 atau 4) diletak dan dilekat di dalam badan kosong pada satu lubang pada sebalah badan kipas tersebut.

Titik pusat kipas itu dilekatkan hulu supaya boleh dipusingkan dari luar. Manakala hujung badan kipas ini ada muncung untuk mengeluar dan mengarahkan angin ke dalam arang.

Untuk menajamkan mata bilah parang, bilah yang sudah siap akan dipanaskan sehingga merah tapi sebelum melebur dan akan direndam masuk ke dalam air sejuk dalam dulang.

Bilah parang dipanaskan dengan memasukkan bilah itu ke dalam arang yang dibakar dengan meniup menggunakan putan (kipas besi) yang kipasnya dipusingkan dengan tangan atau sebelum putang, gelembong guni yang ditekan dengan tanagan untuk kempis dan kebong semula untuk meniupkan angin ke aah arang.

Semasa langkah memanas dan nyepoh (membenamkan) bilah parang ke dalam air inilah kemahiran seseorang tukang kamboh diperlukan kerana hasilnya perlulah bilah parang yang tajam (tidak masih lembut membengkok seperti besi asalnya) tapi tak mudah pecah (simpak).

Jadi, mestilah bilah parang yang keras (hard) untuk ketajaman matanya tapi adalah liat (tough) juga.

Daripada pengalaman melihat orang ngamboh.

Membuat terabai/perisai (shield)

Kayunya mestilah keras tapi tebalnya mestilah tidak memberatkan perisai itu sendiri. Nanti susah pula nak dibawa ke sana ke sini dengan senang.

Jadi, kayunya boleh tebelianatau tapang atau kayu selngan batu yang keras.

Saiz terbai mestilah cukup untuk melindung si pemakainya untuk mengelak atau menahan sumpitan atau parang taua ayunan sangkoh oleh musuh.

Ukirang terebai selalunya muka hantu gerasi untuk menakutkan si pemandanngnya atau pihak musuh.

Ada pemeganag untuk jari di sebelah belakang terabai.

Sebelah hadapan terebai adalah emnguncup atau meninggi ke garis atau paksi tengahnya. Ini mungkin untuk mengelak atau menepis sumpitan laja atau tikaman parang kerana ada sudut menguncup sedikit ke arah tengah.

Ada satu cerita yang mengatakan phihak mush kalah dalam ngayau (perang) kerana terabai mereka habis pecah dibaling dengan batu oleh pihak penyerang. Terabai mush pecah kerana diperbuat daripada kayu lembut yang ringan, besar kemungkinan mereka membuat terabai mereka dengan kelam kabut kesuntukan masa untuk menghadpi kedatangan pihak lawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s