Feedback on pengarap lama in Leka Main (Puisi Rakyat Iban)

Quote
Masyarakat Iban menganut dan mengamalkan pengarap lama iaitu kepercayaan tradisional dan mereka kerap mengadakan upacara-upacara ritual dan keagamaan yang berkaitan dengannya (Melling, 1988). Asal-usul pengarap lama ini ialah daripada Raja Durong (Sandin, 1964), dan ia melahirkan kepercayaan kepada petara (tuhan) mereka dan juga kuasa ghaib, semangat orang hidup dan mati, semangat padi, fenomena alam,makhluk hidup dan objek tidak bernyawa. Petara disembah dan dipuja melaluiupacara-upacara miring atau bedara (persembahan korban), sampi (puisi doa), pengap (zikir) dan timang (invokasi) semasa perayaan keagamaan untuk menyampaikan niatmereka. Mereka percaya bahawa Singalang Burong, Simpulang Gana dan Puntang Rajaadalah Petara (Melling, 1988) yang memberi ajaran kepada mereka melalui mimpi.Selain itu, petara dan antu (makhluk halus) kerap diperkenalkan melalui cerita-ceritanaratif seperti mitos tentang Seramugah (tuhan pencipta bumi), Segundi (tuhan pencipta air) dan Segundit (tuhan pencipta langit) yang kini masih terkenal. Sehubungan dengan itu, masyarakat Iban percaya pada nasib buruk baik dengan mendengar bunyi-bunyi burung seperti ketupong atau jaloh, bejampong, kikih atau embuas, beragai, papau atau senabong, pangkas atau kutok dan nendak (Vinson, 1987). Kepercayaan tentang nasib dan buruk-baiksesuatu perkara adalah hasil daripada pengadaptasian masyarakat Iban terhadap alamsemula jadi dan hubungan mereka dengan alam. Bertitik tolak daripada kepercayaan tersebut, lahirlah juga kepercayaan terhadap pengaroh (azimat) dan engkerabon (ubat pelindung diri).
Unquote

The list of omen birds should be added as follows in order to be a complete list:

Sehubungan dengan itu, masyarakat Iban percaya pada nasib buruk baik dengan mendengar bunyi-bunyi dan penerbangan burung bisa seperti ketupong atau jaloh, bejampong, kikih atau embuas, beragai, kelabu papau atau senabong, pangkas atau kutok dan nendak (Vinson, 1987).

Quote:
Kaum Iban amat unik dan kaya dengan adat dan kebudayaan yang tersendiri.Oleh demikian terdapat pelbagai perayaan yang merupakan upacara pemujaan untukmenyampaikan niat, memohon kebaikan dan berdoa kepada petara. Perayaan-perayaan ini dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti Gawai Batu, Gawai Burong (Gawai Kenyalang), Gawai Rumah Baru (Gawai Mangkong Tiang), Gawai Nama Ke Tajau, Gawai Antu, Gawai Ngemali Umai dan lain-lain seumpamanya.

Gawai Batu dianggap sebagai perayaan utama kerana kaitannya dengan tradisi berhuma masyarakat Iban (Melling, 1988). Tujuan Gawai Batu ini ialah untuk memohon keberkatan daripadapetara untuk membersihkan tanah huma daripada gangguan serangga perosak danpenyakit. Maka ia bolehlah diadakan apabila mereka tidak mendapat hasil tuaian yangbaik pada tahun sebelumnya. Gawai Batu juga diadakan setelah berpindah ke rumah panjang baru untuk memohon keberkatan, kemakmuran dan kesenangan hidup selama mereka menghuni rumah panjang tersebut. Dalam konteks ini, Petara yang dimaksudkan ialah Sempulang Gana Bujang Rangkang Kirai Raja Sua, manusia luarbiasa yang dipercayai tinggal di kayangan. Menurut kepercayaan, Simpulang Gana ialah dewa atau pesuruh utama petara yang dilantik sebagai penjaga tanah, tempat mereka berhuma dan bercucuk tanam.

Gawai Kenyalang (Gawai Burong) diadakan sebagai penghormatan kepada Singalang Burong iaitu tuhan perang bagi masyarakat Iban tradisional (Sandin, 1977). Asal usul perayaan ini dikaitkan dengan kepercayaan tentang Aki Lang Sengalang Burong Jagu Menaul Tuntung (burung helang) yang ditugaskan oleh petara untuk memimpin segala kerja perang bagi masyarakat Iban kerana beliau memiliki semuajenis pengaroh (azimat). Oleh hal demikian, Gawai Kenyalang bolehlah diadakan semasa atau sebelum ekspedisi ngayau. Ia juga boleh diadakan apabila seseorang pahlawan Iban menerima alamat daripada petara melalui mimpi untuk mengadakannya. Bagaimana pun, Gawai Kenyalang boleh diadakan sebaik sahaja seseorang Iban pulang daripada bejalai (mengembara) setelah memperoleh pendapatan lumayan atau barang yang berharga. Lazimnya upacara perayaan dijalankan di tanju (kawasan di luar ruai) kerana Singalang Burong dipercayai akan datang dan duduk bersama-sama dengan mereka semasa makan dan minum di sana.

Satu lagi perayaan yang penting bagi masyarakat Iban ialah Gawai Antu, iaitusatu upacara ritual sebagai penghormatan kepada orang yang telah mati (Vinson, 1989).Perayaan ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan persediaannya mengambil masa dua hingga tiga tahun (Melling, 1988). Pada malam Gawai Antu, acara ngalu petara (mengalu-alukan kedatangan petara) diadakan di ruai (galeri rumah panjang) dengancara mengadakan satu perarakan secara besar-besaran oleh pemuda-pemudi yang berpakaian tradisional. Menurut Melling (1988), mereka bergerak dari bilek ke bilek (satu unit keluarga di rumah panjang) dengan diriiringi muzik tradisional seperti gegendang, setawak, bebendai dan engkerumung.
Unquote

Quote
Gawai Batu juga diadakan setelah berpindah ke rumah panjang baru….
Unquote

Bukankah Gawai Pangkong Tiang diraikan setelah pindah ke rumah panjang baru?

Quote
Gawai Kenyalang (Gawai Burong) diadakan sebagai penghormatan kepada Singalang Burong iaitu tuhan perang bagi masyarakat Iban tradisional (Sandin, 1977).
Unquote

Adakah Gawai Burong sama dengan Gawai Kenyalang?

Gawai Burong adalah diraikan dalam 9 peringkat.

Gawai Kenyalang adalah satu peringkat saja.

Satu komen di Youtube adalah seperti berikut:
gawai burung gawai burung ga, gawai kenyalang lain agi, gawai pemadu tinggi ba pelilih menua lama (lubuk antu, engkelili, batang ai, lemanak). gawai kenyalang diintu 7 ari 7 malam, ari ke 8 endur niri ka sandung kenyalang. gawai burung diintu bala tunga ka batang layar & batang saribas.

Adakah perbezaan geografi ini akan membezakan leka timang atau pengap antara Gawai Burong dan Gawai Kenyalang?

Adakah statue kenyalang akan dituatkan pada tiang chandi untuk kedua-dua Gawai Burong dan Kenyalang?

Ini satu lagi komen dalam Youtube:
Gawai kenyalang ngena patung kenyalang diengkah ba atas tiang chandi. Kenyalang tu meh raja samua burung.

Gawai burung bisi mayuh tikas ari kalingkang agai gerasi papa ngau tiang chandi ke bebida nitihke tikas gawai burung nyak. Ba gawai burung tu, Sengalang burung ngau bala burung mali/bisa dikangau ngabang.

Bukankah Gawai Burong ini untuk meraikan petanda burong yang baik atau buruk? Tujuan ini selain daripada untuk memanggil dan menyembah Singalang Burong.

Apakah tujuan mendirikan Gawai Kenyalang untuk menandakan status kejayaan seseorang yang tinggi? Adakah Singalang Burong juga dipanggil dan disembah di sini?

Apakah leka timang atau pengap untuk Gawai Burong dan Gawai Kenyalang berbeza?

Kenapa untuk Gawai Burong, Singalang Burong (seekor burung helang) yang dipanggail dan disembah manakala untuk Gawai Kenyalang, seekor burong enggang pula yang dipanggil dan disembah?

Menurut bapa saya, tajai (rhinocheros hornbill) adalah sebenarnya raja segala burung di dalam hutan, kenapa pula kenyalang (white-horn hornbill) yang digunakan dalam menamakan Gawai Kenyalang? Adakah tajai dan kenyalang mendiami kawasan hutan yang berbeza?

Gawai Tuah tiada disebut dalam senarai jenis-jenis gawai Iban, kan? Betulkah Raja Anda Mara akan dipanggil dan disembah untuk Gawai Tuah?

Apakah beza antara timang dan pengap?

Gawai sakit juga tidak disenaraikan di atas tetapi leka main renong sakit dan sugi sakit ada disenaraikan dalam carta 1 pada halaman 18 dan telah diterangkan serti berikutnya:

Qoute: Selain renong semain, terdapat juga sejenis renong yang disebut sebagai renong sakit yang masih popular hingga kini dan lazimnya dua orang lemambang akan duduk pada ayun ketika melafazkan puisi ini. Renong sakit dikenali sebagai renong nurun ke Menjaya, iaitu “songs for calling down Menjaya, the shamanic god” (Sandin, 1994: 59) kerana puisi ritual ini dilagukan untuk memanggil Menjaya dari kayangan supaya datang untuk menyembuh pesakit. Unquote

Quote: Sugi sakit pula dilagukan untuk menyembuhkan penyakit. Apabila sugi sakit dinyanyikan untuk tujuan penyembuhan, keadaan ini disebut besugi sakit. Lemambang yang menyanyikan puisi ini duduk dia atas ayun“calling for Keling to enter this world and cure the patient” (Sandin, 1994: 68). Kelingdipercayai akan melakukan mujizat termasuk menyembuhkan pesakit. Pada malambe sugi sakit, pesakit dibaringkan di atas meligai (pelantar) yang didirikan di bahagianruai (galeri) kepunyaan keluarga pesakit. Selepas nyanyian puisi ini, pesakit itu akantidur di atas meligai tersebut, dan Keling dipercayai akan menjelma dalam mimpipesakit bagi menyembuhkannya. Sugi juga dilagukan oleh manang (dukun) dalam aktiviti perbomohan yang hendak menangkap semengat si pesakit yang hilang atau ‘lari’ ke Sebayan. Unquote

Macam mana memilih antara renong sakit atau sugi sakit untuk penyembuhan?

Adakah renong sakit disadakan semasa Gawai sakit olek lemambang manakala sugi sakit dinyawakan semasa belina oleh manang?

One thought on “Feedback on pengarap lama in Leka Main (Puisi Rakyat Iban)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s