Feedback on antu pala and ulun in Leka Main (Puisi Rakyat Iban)

Quote:
Kepala musuh yang diperoleh akan diawet dan disalai, dan tengkorak ini dipanggil antu pala (trophi kepala) yang akan dijadikan harta pusaka keluarga berkenaan turun-temurun. Antu pala itu akan digantung di atas bedilang (dapur kecil) di ruai dan dipanaskan dengan api kecil supaya antu pala tersebut dapat berehat dengan tenteram. Pada hakikatnya, tidak semua musuh yang ditemui di medan perang akan dibunuh. Contohnya, wanita dan kanak-kanak hanya ditangkap dan dijadikan tawanan perang di rumah panjang tetapi diberi layanan yang baik, dan kemudian dijadikan ahli keluarga angkat melalui adat mengiru hamba abdi (istiadat mengangkat anak) atau gawai betembang (gawai mengangkat anak), iaitu satu upacara khas untuk mengesahkan tawanan berkenaan diangkat sebagai ahli keluarga oleh mana-mana famili yang sudi. Dengan demikian halnya, maka tidak wujud kelas hamba abdi dalam masyarakat Iban.
Unquote

Betulkah tengkorak musuh akan diawet? Diawet dengan apa ya?

Yang diketahui, hanya akan dikorek (dikerok) dan disalai (diasap) sehingga kering supaya tidak akan berbau.

Pengasapan ini dilakukan selepas kepala musuh tersebut dikerok (dikorek isi otak dan kulitnya yang boleh but (reput dan berbau) dibuang).

Selalunya, tuai kayau atau serang akan mengorek kepala musuh yang telah dipenggal dan menyalai (mengasap) tengkorak musuh tersebut.

Pembuangan otak dan kulit kepala musuh daripada tengkoraknya biasanya dilakukan di sebatang sungai yang tidak atau jarang diguna. Ini kerana sungai ini mungkin akan menjadi langsi baunya.

Misalnya, Linggir “Mali Lebu” menyuruh salah seorang anak buahnya untuk menghabiskan nyawa seorang musuh yang telah cedera parah tetapi ditangkap selepas itu (semasa Kayau Beketan si Sugai) dan kepalanya yang dipenggal dikerok oleh Linggir “Mali Lebu” di sebataing sungai yang dipanggil Sungai Kerok selepas itu.

Otak dan kulit kepala mungkin juga dimakan oleh ikan-ikan dan hidupan air sungai yang lain. Jadi, mungkin ini adalah proses pembersihan semulajadi.

Tengkorak kepala diasapkan seperti orang Iban mengasapkan daging binatang dan ikan-ikan yang mereka perolehi daripada hutan dan sungai di parak dapur supaya boleh tahan lama dan disimpan untuk lauk untuk beberapa hari berikutnya.

Untuk penyimpanan jangka masa yang panjang di rumah panjang, tengkorak itu akan diasapkan dan “dipanaskan supaya tidak sejuk” di atas bedilang (dapur tanah yang sentiasa dinyalakan api kayunya).

Amalan ini bermula bila ada tengkorak yang pada awalnya tidak dipanaskan dengan api bedilang diambil mimpi dan memberitahu mereka kesejukan.

Jadi, tengkorak musuh akan sentiasa dijaga dengan baik sebagai harta pusaka bagi masyarakat Iban.

Orang yang bedengah (memperolehi kepala musuh) adalah juga disanjung tinggi dan dihormati sebagai raja berani dan bujang berani.

Tengkorak musuh juga akan dibawa untuk ngabang (mengziarahi) gawai burung atau kenyalang dan akan dialu-alukan serta dinyanyikan dengan timang antu pala.

Sekiranya, tiada lagi orang yang menjaga antu pala tersebut, tengkorak ini bolehlah dikuburkan di pendam (tanah perkuburan). Baiya akan disertakan juga seperti orang yang meninggal biasa.

Betulkah tidak wujud golongan ulun (hamba abdi) dalam masyarakat Iban?

Sekarang memang tidak lagi wujud hamba abdi dalam masyarakat Iban setelah ulun (slavery) diharamkan oleh Rajah Brooke secara rasmi.

Selepas pengharaman ini, ramai ulun yang diangkat status mereka oleh tuan mereka sebagai tanggungjawab murni tuannya untuk membebaskan ulun kepada status yang sama dengan rakyat biasa yang lain melalui gawai betimbang yang akan mengumumkan penghapusan status ulunnya kepada semua orang.

Selepas gawai ini, sesiapa yang memanggil orang itu sebagai ulun akan ditunggu (dihukum) mengikut adat memalaukan orang rumah panjang orang Iban.

Dahulunya, memang ada orang tawanan atau tangkapan kayau (perang) yang dipanggil ulun terutamanya kaum perempuan dan kanak-kanak. Tetapi ada juga dikatakan ada yang mengayau dengan membunuh semua mush tanpa mengira perempuan atau kanak-kanak.

Orang yang tidak boleh membayar hutang mereka dipanggil jelun yang juga berkelas rendah dalam masyarakat Iban. Mereka boleh menebus status mereka dengan membayar hutang mereka. Jadi, terpaksalah berusaha dengan keras dan rajin untuk membayar balik hutang.

Walaupun begitu, memang ulun dan jelun boleh membebaskan diri atau mengangkatkan status mereka daripada hamba abdi yang bekerja tanpa gaji atau balasan bentuk lain kecuali makan minum dan tempat tinggal yang percuma diberi oleh tuan mereka (yang biasanya raja berani atau bujang berani) kepada status yang sama dengan rakyat lain.

Cara-caranya adalah dengan berjasa kepada tuan punya mereka seperti bumai untuk menghasailkan banyak padi, belelang untuk mendapatkan tajau, harta tembaga dan mata duit atau ngayau bedengah kepala musuh untuk tuan punyanya yang biasanya untuk membalas dendam terhadap pihak musuh dan ulun itu bolehlah diperaja (diangkat statusnya seperti raja berani) melalui perkahwinan dengan anak umbong atau perkahwinan dengan orang biasa yang bukan ulun yapi sudi berkahwin dengan ulun itu.

Jadi ada kemungkinan besar gawai betimbang akan diadakan sebelum berkahwin yang lebih baik daripada selepas berkahwin untuk mengelakkan dikatakan berkahwin dengan ulun.

Apa salahnya berkahwin dengan tawanan perang jika dia adalah seseorang yang membuktikan dirinya baik dan rajin, berjasa atau berjaya dalam kerja-kerja?

Dalam sebuah cerita kaum Remun, ada seorang anak ketua kaum Remun yang meninggal awal semasa anak masik lagi kanak-kanak kecil. Ketua ini ada mempunyai lebih kurang 30 orang ulun tetapi cuma 2 orang ulun tersebut yang sungguh baik menjaga kanak-kanak itu. Yang lainnya cuba berpakat untuk membunuh kanak-kanak ketua ini.

Pada suatu hari, mereka menyuruh 2 orang ulun yang baik hati itu untuk pergi menuba dan meninggalkan kanak-kanak itu dengan mereka. Mereka pun membawanya pergi membakar huma dan meletakkannya ditengah-tengah huma dan terus membakar huma itu.

Nasib baik budak itu, pohon ijuk yang ada di situ menghanyutkan pelepa-pelepa daunnya ke dalam air sungai untuk menaburkan dan membasahkan budak itu. Jadi, dia tidak kepanasan dan terbakar atau melecur.

Dalam kes sebegini, mungkin 2 orang ulun yang baik itu boleh diangkat dia sebagai aya (pakcik) dia dan ulun-ulun yang lain mungkin terima padahnya. Oleh kerena cerita ini, kaum Remun tidak boleh membunuh pohon ijuk sehingga ke hari ini.

Pohon ijuk terkenal dengan air minumanya. Ada orang Iban yang kata adalah tidak dinasihatkan untuk menanam pohon ijuk kerana sulur air yang keluar dari bahagian atas pohon ke bahagina bawah. Jadi, bila sudah sampai ke bawah, umur penanamnya pun mungkin habis iaitu mati.

Pohon ijuk sungguh popular di daerah Lubok Antu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s