Feedback on ngayap in Leka Main (Puisi Rakyat Iban)

http://eprints.usm.my/9122/1/LEKA_MAIN_PUISI_RAKYAT_IBAN_-_SATU_ANALISIS.pdf

Quote:
Ngayap (berjumpa gadis pada waktu malam) pula ialah satu amalan tradisi oleh lelaki bujang dan perempuan dara kaum Iban. Dalam amalan ini, si lelaki akan menemui perempuan yang disukainya di tempat tidur sebagai titik permulaan ádat bercinta mereka. Ngayap dilakukan pada larut malam, dalam keadaan senyap dan sulit tetapi bukan untuk mendapatkan kepuasan seksual. Percintaan yang disemai melalui adat ngayap memberi peluang kepada lelaki dan gadis tersebut mengintimkan lagi hubungan cinta hingga ke junjung pelamin. Ekoran daripada adat ngayap, perkahwinan pasangan kekasih itu akan diatur oleh ibubapa kedua belah pihak setelah mereka berumur 21 tahun hingga 23 tahun (Sandin, 1976).
Unquote

Amalan ngayap dan peraturannya

Kenyataan ngayap … bukan untuk kepuasan seks perlu diperkuatkan atau ditekankan lagi di sini. Setahunya, amalan ngayap adalah diiringi dengan adat and denda (ukum atau tungu) ngayap seperti berikut:

Kalau kena tangkap ngayap sebanyak tiga kali tetapi enggan kahwin dengan perempuan dara tersebut, ibu bapa atau penjaga dia boleh menghukum lelaki yang ngayap tersebut kerana kemungkinan lelaki tersebut cuma ingin bermain-main sahaja dengan si perempuan. Demi mengelakkan rasa malu atas kejadian ngayap ini yang kerap berlaku dan demi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku, denda tersebut perlu diisi oleh si lelaki yang ngayap.

Panduan ini adalah mengikut pengetahuan peribadi semasa muda0muda dulu yang berasal daripada ajaran dan larangan ibu bapa dan orang yang telah berumur di rumah panjang.

Selalunya orang ngayap perempuan setelah buat keputusan ingin berkahwin dan berumahtangga. Jika ada dara yang berkenan di hati, si lelaki bolehlah pergi ngayap dia pada waktu malam untuk mendapatkan persetujuan si perempuan untuk kahwin dan mendirikan rumah tangga.

Tetapi bagi lelaki bujang atau duda (yang telah bercerai atau bininya telah meninggal) yang masih mencari pasangan hidup, mereka juga boleh pergi ngayap untuk mencuba nasib dan mencari jodoh sendiri untuk mendapatkan persetujuan si perempuan untuk berkahwin.

Tujuan ngayap ini juga adalah untuk memastikan keserasian pasangan iaitu suka sama suka iaitu “utai ulih diri empu dan ukai jadi sabung orang” (barang atau hal yang diperolehi sendiri dan bukan arahan orang lain).

Etika ngayap

Bila seseorang lelaki telah sampai ke kelambu si perempuan, dia akan masuk ke dalam kelambu dan memegang ibu jari kaki si perempuan untuk menyedarkan si perempuan dari tidurnya. Si perempuan mungkin juga akan duduk bangun dan menanyakan siapa yang datang ngayap. Si lelaki pun memberitahu siapa dirinya. Biasanya berbalas cakap secara berselindung (jaku bersilup). Ada beberepa contoh jaku silup dalam ensera Iban.

Si lelaki ngayap akan bertanya bolehkah dia baring dan akhirnya tidur di sebelah
si perempuan. Jika dibenarkan dan diterima ngayapnya oleh si perempuan, bolehlah dia baring dan berbual dengan si perempuan sehingga tidur ke dini hari.

Perbualan boleh jadi betelai (berbisik) atau dahulunya menggunakan seruling runai (Jew’s harp).

Bila ayam berkokok ketiga kali, si lelaki mestilah bangun beredar dari tempat tidur perempuan.

Si perempuan atau si bapa mungkin akan menyuruh si lelaki duduk sekejap untuk bertanyakan tujuan ngayapnya dan mempelawanya untuk makan minum pagi sebelum pulang ke rumah panjangnya.

Jika dia beritahu mahu kahwin dengan si perempuan, dia akan menghantar risikan dan tanya indu (meminang perempuan) selepas itu.

Jika perempuan menerima pinangan si lelaki dan siapa yang nguai (mengikuti) siapa telah dipersetujui, maka tarikh melah pinang (akad nikah) akan ditentukan atau kahwin beterang saja akan dijalankan. Bebiau melaki bini yang duduk atas tawak akan diadakan.

Jika si lelaki menjawab belum mahu kahwin atau tidak mahu kahwin iaitu mungkin dianggap ingin ngayap bersuka ria atau bermain-main saja, untuk kali pertama dia akan diberi jaku takan (dinasihati) supaya jangan datang ngayap lagi.

Jika kali kedua, juga akan diberi amaran lisan supaya berhenti ngayap jika enggan berkahwin.

Jika si lelaki masih lagi ngayap dan ditangkap (diketahui atau kedapatan) ngayap untuk kali ketiga, si lelaki akan dihukum mengikut adat dan hukuman rumah panjang di hadapan tuai rumah secara rasmi.

Peraturan ini adalah bertujuan untuk memelihara nama baik keluarga si perempuan dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti bunting (ngampang) tanpa atau sebelum kahwin, walaupun mungkin si perempuan membenarkan si lelaki tidur dengannya tanpa pengetahuan atau persetujuan ibu bapanya.

Kadang-kadang, si anak perempuan yang nakal mungkin juga jatuh hati (crush) dengan si lelaki yang cuba mempermainkannya atau untuk kepuasan sek semata-mata.

Pengasingan antara lelaki dan perempuan di rumah panjang

Pada hari siang, ada pula satu kod hidup rumah panjang yang mengatakan si lelaki bujang tidaklah boleh ngandak (pergi mendekati) si perempuan atau gadis dara di khalayak ramai atau bersendirian di luar rumah atau di dalam bahagian rumah yang boleh dilihat oleh orang lain, nanti dikatakan atau dianggap lelaki ngandak perempuan.

Begitu juga, si perempuan tidak boleh ngandak si lelaki misalnya si perempuan pergi ke tempat yang biasanya dihuni oleh si lelaki atau tempat tidur si lelaki di ruai atau panggau.

Itulah semasa perayaan atau keramaian (gawai), biasanya kaum perempuan akan masuk dan duduk di dalam bilek rumah panjang manakala kaum lelaki biasanya duduk di bahagian ruai atau tanju rumah panjang.

Anak perempuan umbong akan disuruh tinggal atau mendiami bahagian teratas rumah panjang yang dipanggil panggau di atas sadau yang dibina di atas bahagian bilek dan jarang sekali turun ke bawah. Makan minumnya adalah di panggau.

Sadau biasanya dibina untuk menyimpan keresa (harta) seperti padi, barangan tembaga, tikar-tikar bebuah, tajau-tajau berharga dan sebagainya. Jadi, anak perempuan yang dianggap harta berharga yang disayangi pun bolehlah disimpan ditempat yang paling tinggi dan selamat daripda musuh.

Oleh kerana panggau anak umbong ini tinggi kedudukannya, ia adalah tempat kediaman yang selamat daripada dan sukar untuk didekati atau didatangi oleh musuh, orang rakyat jelata biasa dan orang lelaki yang ingin mempermainkan si perempuan sahaja yang mungkin ingin ngayap sembarangan.

Biasanya, si anak perempuan umbong ini akan dijaga oleh ulun (hamba abdi yang ditangkap semasa perang) atau jelun (pemiutang tidak dapat melangsaikan hutang kepada si pemberi hutang).

Juga si anak perempuan umbong akan diajar kemahiran betenun pua kumbu dan berayam tikar bebuah (berbunga yang menarik).

Kelas kedudukan perempuan dalam masyarakat Iban

Ibu bapa kaum Iban akan menjaga nama baik keluarga dan mendidik anak perempuan mereka yang masih dara (belum kahwin) kerana nama baik dan kemahiran dalam hidup mereka akan memberikan status sosial yang tinggi di kalangan ramai yang akhirnya akan diberikan adat entebalu yang mahal selepas meninggal suatu hari seperti berikut:

1. Indu takar, indu gear/nyar – sapuloh igi jabir, $10.00.

2. Indu nengkabang, indu muntang

3. Indu sikat, indu kebat – sambilan igi jabir, $9.00.

4. Indu temuai, indu lawai – sambilan igi jabir, $9.00.

5. Indu asi, indu ai – from lapan to sambilan igi jabir, $8.00 to $9.00, respectively.

6. Indu tubu, indu paku – from tujoh to lapan igi jabir, $7.00 to $8.00.

Langkah-langkah keselamatan si ibu bapa yang ada anak perempuan dara

Selalunya juga, si bapa atau si ibu akan tidur di kaki tangga yang diguna untuk naik ke sadau dan panggau sebagai langkah berjaga-jaga mereka untuk anak perempuan umbong mereka seperti dalam ensera Iban.

Ada juga ibu bapa yang ada anak dara akan tidur dekat dengan anak perempuan dara mereka. Jadi, bila ada orang ngayap, bolehlah mereka sedar atau melihat kedatangan atau kehadiran orang yang ngayap itu.

Dalam kes-kes begini, si lelaki yang ingin ngayap si perempuan tidaklah boleh dengan senangnya naik ke panggau tanpa pengetahuan atau kebenaran si ibu bapa perempuan (sama ada bercakap secara langsung (verbal) atau tanpa bercakap (non-verbal) tetapi boleh melihat si lelaki pergi ngayap si anak perempuan mereka.

Melayan kunjungan anak temuai.

Ada cerita Iban yang mengatakan si bapa anak perempuan yang menyuruh atau membenarkan si lelaki bujang ngayap anak perempuan mereka seperti dalam ensera Iban.

Bila ada orang lelaki bujang (anak temuai) yang datang berkunjung ke sesebuah rumah panjang, biasanya beliau akan ditanya apa tujuan atau hajat kunjungan atau lawatannya. Si bujang boleh menjawab dengan agak jawapan yang agak terus terang iaitu berbunyi begini “pejalai bujang” (perjalanan orang bujang) yang memang diketahui maksudnya iaitu ngayap untuk mencari calon isteri.

Dalam kes-kes sebegini, si ibu bapa perempuan mungkin tidak akan menutup pintu bilek dengan kayu penghalang dan tating pintu (pemberat yang menutup pintu dengan ketat). Jadi, pintu bilek bolehlah dibuka seperti biasa. Ada kebenaran ngayap lah maksudnya.

Ada juga si ibu bapa yang akan menyediakan tempat tidur anak temuai di dalam bilek si anak dara mereka iaitu tikar untuk anak temuai di bentagkan di sebelah kelambu anak peremouan. Tawaran ini bermaksud si ibu bapa akan menjaga keselamatan dan kebajikan si anak temuai seperti menjaga anak perempuan dara mereka. Jadi, si anak temuai juga bolehlah ngayap si anak perempuan dengan senangnya atau berbual dengan dia tanpa pergi masuk ke dalam kelambu perempuan.

Tetapi beranikah atau sanggupkah si anak temuai melakukan perbuatan yang dianggap kurang beradap dan kurang ajar dengan mengambil kesempatan daripada niat baik dan kemesraan si keluarga perempuan tersebut?

Jika ada kesilapan atau kesalahan berlaku, si anak temuai akan bisa didenda (diukum ataua ditungu) mengikut adat customari orang Iban. Atau jika si ibu bapa sungguh tidak puas hati kalau kesalahan itu dianggap besar, mereka mungkin akan meracun (dipengaroh) kalau tidak memukul atau memenggal kepala si anak temuai.

Biasanya, ibu bapa dan anak perempuan mereka mungkin akan mempelawa si anak temuai yang telah ngayap untuk makan minum pagi untuk mengisi perut sebelum balik ke rumahnya terutamamya sekiranya rumah panjang dia jauh dan mungkin terpaksa berjalan kaki dan mengayuh perahu melalui sunggai.

Amalan mengalu-alukan orang yang datang berkunjung dan memberi atau menanggung makan minumnya sementara dia tinggal si situ adalah biasa dan dianggap sesuatu tanggungjawab yang wajib atau baik (sunat) sekiranyan si tuan punya rumah atau bilek itu mampu. Biasanya, sebagai balasan, si pengunjung juga akan menolong si tuan punya rumah atau bilek untuk membuat sesuatu kerja seperti mengambil kayu api, menolong di huma padi atau di kebunnya atau mencari lauk di hutan atau sungai jika sempat.

Ngayap main-main

Jika orang lelaki bujang terutama yang baru (ngangkat) bujang yang ingin menguji keberanian mereka dengan ngayap atau yang ingin ngayap untuk bermain-main saja tanpa ingin berkahwin dengan si perempuan, kemungkinan besar mereka tidak akan memberitahu kedatangan atau tujuan kunjungan mereka dan cuba sedaya upaya supaya ngayap mereka tidak disedari dan diketahui oleh si ibu bapa.

Jadi, kedatangan mereka ini adalah secara senyap-senyap, biasanya pada lewat atau larut malam seperti selepas tengah malam apabila keadaan sunyi sepi dan orang telah tidur nyenyak supaya kedatangan mereka dilihat oleh sesesiapa.

Tetapi kedatangan mereka ini mungkin akan diketahui juga kerana lazimnya anjing-anjing yang dipelihara oleh orang rumah panjanguntuk tujuan keselamatan dan ngasu (memburu) akan menyalak kedatangan mereka. M

aka, adalah mungkin lebih baik datang awal semasa orang belum tidur dan berpura-pura berjumpa sahabat handai atau kaum kerabat keluarga atau menuntut ilmu seperti puchau atau leka main. Selepas habis aktiviti seperti ini, bolehlah ngayap mencuba nasib dengan si gadis dara.

Ngayap secara rasmi

Biasanya, orang yang ngayap secara rasmi (untuk tujuan mencari calon isteri untuk mendirikan rumah tangga) akan pergi dan naik ke rumah panjang dan akan pergi ke ruai tuai rumah jika tiada orang atau bilek yang dikenali (ditapat) untuk singgah. Jika ada kenal seseorang atau bilek tertentu, si anak temuai akan singgahlah di sana sementara menunggu larut malam dan orang tidur nyenyak sebelum ngayap.

Si anak temuai akan ditanya sama ada sudah ngadu kediri (sudah makan ke belum) dan jika belum, akan dimasakkan nasi dan lauk (berapi) untuk dipelawa makan minum seperti makan malam atau tengah hari mengikut waktu kedatangan beliau.

Ada juga si anak temuai yang akan menunggu di luar rumah panjang sebelum ngayap tetapi terpaksalah beperang dengan nyamuk.

Selepas makan, dia akan lazimnya ditunggak (dihadapi) oleh penghuni rumah panjang tersebut di ruai untuk bercakap biasa dan untuk bertanyakan tujuan kunjungan si anak temuai. Jadi, dengan menyahut “pejalai bujang”, si anak temuai sudahpun memberitahu niat di hatinya.

Jika si anak temuai singgah pada ruai bilek tertentu yang ada anak dara, niat kedatangannya besar kemungkinan sudah diketahui awal-awal lagi dan si anak dara yang ingin digayapnya juga sudah diketahui awal-awal lagi. Ini mengambil masa sehingga ke tengah malam sebelum orang ramai mengantuk dan pergi tidur ke bilek masing-masing.

Selalunya si tuan punya bilek akan menyediakan tempat tidur si anak temuai di ruai. Ini mungkin acara formaliti saja jika dia tahu niat kedatangan si anak temuai adalah untuk ngayap tetapi boleh juga sebagai langkah insuran jika ngayap dia tidak diterima oel si anak perempuan, jadi tidaklah boleh tidur di tempat tidur si anak perempuan dan terpaksalah balik ke ruai.

Ngayap dan kahwin seperti disuruh oleh mimpi

Ada juga cerita Iban yang mengatakan si anak temuai yang ingin ngayap awal dengan mengatakan dirinya penat lelah berjalan seharian atau berhari-hari supaya orang yang datang menunggak dia beredar balik ke bilek masing-masing sebelum tengah malam. Selepas itu, beliau masuk ke bilek si perempuan yang ingin digayapnya entudi (hampir-hampir mengikuti belakang) si bapa yang pulang masuk ke bileknya.

Kes-kes istimewa begini, jika ada pun mungkin disebabkan oleh mimpi si lelaki dan si perempuan. Jadi, perjodohan mereka adalah dibuat oleh orang di dalam mimpi mereka. Biasanya, perjodohan melalui mimpi akan membawa kebahagiaan, kemashyuran nama dan kekayaan keluarga. Misalannya, perkahwinan pengulu Minggat dengan si isterinya.

Pembelajaran Anak lelaki Iban

Anak bujang yang sungguh-sungguh disayangi oleh ibu bapanya biasanya akan dibinakan sebuah panggau di atas padong ruai untuk tempat tidur dan tinggalnya. Dari pusat sinilah dia akan memulakan aktiviti kehidupan hariannya.

Si anak lelaki biasanya diajar dan digalakkan untuk keluar dari rumah panjang untuk menjalankan kerja-kerja luaran seperti untuk bumai, cari lauk, belelang, bejalai (pegi) untuk mencari nasib baik (fortune), pengaroh, ubat, harta benda, mata duit dan pergi ngayau. Jadi, anak lelaki tidaklah boleh diumbong seperti anak perempuan.

Juga, anak lelaki akan diajar kemahiran tertentu seperti membuat peralatan mencari lauk, ngukir (mengukir), bepantang, ngajat (menari), betaboh (main musik tadisi), ilmu pertahanan diri (seperti bepenca dan bekuntau), leka main seperti pantun, timang dan pengap dan kemahiran dalaman rumah panjang yang lain-lain.

Anak lelaki bujang yang berjaya dalam kerja-kerja kehidupan luaran rumah panjang dan besar kemungkinan juga mahir dalam aktiviti-aktiviti dalaman kehidupan rumah panjang akan besatup (disatukan) dengan anak perempuan umbong.

Ada juga cerita yang mengatakan si bapa yang mencari atau menjanjikan jodoh untuk anak umbong dengan mengadakan pertandingan tertentu atau membalas dendam untuk keluarganya walaupun seseorang itu ulunnya sebelum itu.

Jenis-jenis butang (bubungan sek yang dilarang)

Ada adat asal Iban yang direka khas untuk menghalang perbuatan butang dalam masyrakat Iban yang disenaraikan dalam glosari terminologi litaricha iban/:

butang antu – Butang enggau orang ti apin diambi tebalu tauka orang ti agi ngulit.

butang basah (nyentuk) – Butang nyeruga tauka terang. Pengawa salah udah nyata dipeda sereta disangkaika enggau darah manuk lalu dipansutka butang.

butang besangkung – Lelaki ngelalaika identiti diri tauka madahka diri bujang lalu butang enggau bini orang. Udah tebantai pengawa dia identiti iya ditemu orang. Lelaki nya deka betimbang nyangkung indu nya setengah ari tunggu iya.

butang betampik (homoseksual/lesbian) – Butang enggau orang ti sama seks. Indu beleman enggau indu

butang betumbang – Beleman enggau lelaki tauka indu ti ukai laki tauka bini diri empu.

butang enggau bini diri – Tama ke kibung napatka bini ti udah dulu nindukka diri ninggalka temuai ti enggau berandau. Temuai agi dedugau nganti iya ti pansut enggau berandau baru. Pengawa ti enda manah nya tau ditunggu temuai nya. Tunggu patut diisi ngena sesingkap mangkuk batu. Mangkuk nya ditangkupka temuai ba pucuk tuga/ tunggul tauka kayu ti entakka tuntun punggung ba tengah laman rumah pesalah nya tauka endur ti dipansa mensia mayuh agi kandang kair manuk ari rumah pesalah. Tunggu nya dikumbai Apai Salui Belabung Jalung.

butang ilum – Butang ketegal ngilum pinang ke laki tauka bini orang.

butang ngambu – Ngambu tauka ngaku diri bisi butang enggau bini tauka laki orang tang nadai chukup penerang. Iya ti ngambu nya aja ti ditinggang penyalah.

butang ngeladang – Lelaki tauka indu kampar butang enggau laki tauka bini orang ti alai iya diau.

butang perarang – Butang ti enda terang tauka nyata ti ngujungka orang melaki bini sarak. Mayuh agi beserak enggau ninding pangan diri.

butang rangkai –

i. Udah terang butang tang apin bulih tubuh pangan

ii. Lelaki tauka indu ti nundi bini tauka laki orang ti enggai ditundi. Iya ti nundi nya salah kediri.

butang tinchin – Butang enggau tunang orang ti udah nerima tauka dipelepa ngena tinchin.

butang uduk – Butang enggau rambang diri. Rambang iya nya endang udah belaki tauka bebini baru, udah ti sarak enggau iya.

Diambil daripada: http://tusunterabai.wordpress.com/sekula-sera-guntin/glosari-terminologi-litaricha-iban/

Ulun dalam masyarakat Iban

Seorang ulun (hamba tawanan perang) boleh disuruh untuk membuat apa-apa kerja seperti membalas dendam dengan membunuh dan memenggal kepala si musuh dan balasannya boleh jadi dia akan diperaja (diangkat statusnya daripada ulun kepada raja dengan berkahwin dengan anak umbong seseorang yang telah berstatus raja berani. Inilah salah satu cara si ulun boleh menebus nasib atau status kehidupannya. Jika nyawa si ulun melayang, jadi hilanglah nyawa si ulun begitu saja tanpa banyak balasan.

Ada juga, si ulun yang sungguh berjasa dengan si tuannya. Jadi, ulun yang berjasa akan diangkat sebagai ahli keluarga seperti anak kalau masih muda atau madi (adik beradik) jika sudah besar melalui gawai betimbang yang merasmikan penaikan statusnya daripada ulun kepada status orang biasa.

Biasanya si ulun juga ingin menebus status sosialnya sendiri, jadi dia pun mencari peluang-peluang untuk berjasa kepada tuannya yang boleh menjadi sebab-sebab kukuh bagi memohon untuk dibebaskan. Peluang itu mungkin rajin bumai (berhuma) untuk menghasilkan banyak padi untuk keluarga tuannya, mendapatkan harat benda dan mata duit untuk si tuannya atau bedengah (memenggal) kepala musuh semasa ngayau untuk dihadiahkan kepada tuannya.

Ulun ini boleh jadi perempuan atau lelaki. Si perempuan akan menunjukkan kebolehannya dalam mendidik si anak tuannya misalnya anak umbong atau mencapai status yang tinggi bagi kaum perempuan, jadi dia boleh membuatkan tuannya banyak pua kumbu dan tikar bebuah.

Ulun biasanya adalah tangkapan semasa ngayau. Jika, seseorang tidak dapat melawan dan menyerah kalah (ngampun atau minta belas kasihan) semasa ngayau, mereka tidak sepatutnya dibunuh dan dipenggal kepalanya (kalau tidak, nanti alah bunoh (kalah bunuh)) dan perlulah ditangkap hidup-hidup dan dibawa pulang saja lalu dijadikan ulun untuk membantu membuat kerja-kerja di rumah panjang. Ada juga, ulun atau tangkapan ngayau yang dijual kepada Laut.

Ada sampel leka main seruling runai (Jew’s harp) yang digunakan semasa ngayap kah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s