Kegunaan Patung Burung Kenyalang

Abstrak

Pada zaman tradisi merekamasyarakat Iban mengamalkan kepercayaan animisme. Oleh yang
demikian mereka banyak mengadakan ritual pemujaan. Satu daripada ritual itu ialah ritual Gawai
Kenyalang.

Semasa ritual Gawai Kenyalang, patung burung kenyalang dijampi supaya kuasa ghaib atau kuasa luar biasa masuk ke dalam patung itu.

Kemudian patung tersebut diarak di sepanjang ruai rumah panjang untuk dijampi dengan lagu mentera menjemput dewa-dewi yang berada di alam ghaib untuk datang ke ritual berkenaan.

Tujuan jemputan itu ialah supaya mereka datang membawa berkat untuk memudahkan rezeki dan juga untuk melindungkan penghuni rumah panjang berkenaan dari segala bahaya.

Pada zaman dahulu ritual Gawai Kenyalang mempunyai kaitan dengan aktiviti ngayau (headhunting). Setelah ngayau tidak dilakukan lagi maka ritual Gawai Kenyalang hanya digunakan untuk mendapat berkat.

Oleh kerana zaman sekarang, ramai masyarakat Iban yang telah menganut agama Kristian maka fungsi tradisi patung burung kenyalang juga telah berubah. Ia berubah daripada alat ritual kepada alat perhiasan.

Patung-patung itu telah dihasilkan untuk tujuan komersil. Oleh kerana patung burung kenyalang
yang dibuat pada zaman sekarang tidak berkait dengan kepercayaan tradisi maka kebanyakan
rupa bentuknya lebih kecil daripada yang digunakan untuk tujuan ritual.

Namun masih terdapat juga segelintir kecil daripada masyarakat Iban yang masih boleh mengukir patung kenyalang dan juga terdapat juga yang masih menyimpan patung kenyalang yang pernah digunakan untuk
mempersembahkan ritual pada waktu upacara Gawai Kenyalang.

Dengan itu, dicadangkan pemeliharaan seni patung burung kenyalang diteruskan kerana patung burung kenyalang itu juga adalah satu daripada lambang, simbol atau identiti masyarakat Iban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s