CARA PAHLAWAN PERANG PERGI “NGAYAU’

Saturday, February 12, 2011
CARA PAHLAWAN PERANG PERGI “NGAYAU’

Apabila semua pahlawan perang itu telah bersiap sedia hendak meninggalkan rumah panjang mereka untuk pergi berperang, “Tuai Kayau” terus menghimpunkan semua pahlawan perang tersebut dan membacakan jampi serapah dengan menghayunkan seekor ayam jantan menghadap kearah semua pahlawan perang yang sedang duduk bersila bersama-sama dengan alat-alat kelengkapan perang yang mereka bawa. Jampi serapah yang dibacakan oleh “Tuai Kayau” itu ialah diiringi dengan doa kepada tuhan dan dewa yang mereka puja dengan harapan bahawa pemergian mereka menyertai espedisi “Ngayau” itu akan mendapat restu dan mereka akan berjaya serta selamat daripada mala petaka sepanjang masa pemergian itu nanti.

Selepas itu “Tuai Kayau” akan menyembelih ayam jantan tersebut diatas tangga rumah panjang tersebut dan seterusnya mencabut bulu sayap ayam dan menyapu nya diatas darah ayam itu. Bulu ayam yang basah dengan darah itu akan dicecah oleh “Tuai Kayau” diatas dahi semua pahlawan perang dengan harapan mereka akan berjaya menyertai espedisi “Ngayau” itu nanti dan membawa balik banyak kepala musuh yang dipenggal dan juga harta pusaka musuh, dan juga menangkap seberapa banyak hamba abadi untuk dibawa balik ke rumah panjang mereka.

Semua pahlawan perang itu pun berlepas dengan membawa semua kelengkapan perang mereka, dan sebelum mereka memijak tanah meninggalkan rumah panjang tersebut maka seekor babi akan disembelih menggunakan lembing dikaki tangga rumah panjang berkenaan dan diiringi dengan bacaan doa oleh orang yang menyembelih babi itu memanggil dewa dan tuhan mereka dari benua Panggau Libau supaya datang membantu dan sama-sama menyertai ekspedisi “Ngayau” itu.

Mereka yang pergi menyertai espedisi “Ngayau” itu pun berlepas mengikuti semua rancangan yang telah diatur rapi seperti mana yang telah diputuskan dalam mesyuarat “Ngayau” itu kerana takut bahawa espedisi perang mereka nanti gagal dan ramai daripada kalangan pahlawan perang itu akan terbunuh. Maka tengkorak manusia yang telah dipenggal atau buah kelapa yang mereka bawa besama semasa pergi itu membayangkan bahawa mereka akan mendapat lebih banyak lagi kepala musuh untuk dibawa balik menambahkan yang telah mereka perolehi sebelum nya. Dalam espedisi “Ngayau” itu semua musuh yang telah berjaya dibunuh akan dipenggal semua kepalanya. Kepala itu akan dipisahkan daripada badan oleh sipembunuh dan dibawa balik ke rumah panjang, dan dijadikan sebagai “Dengah Bujang Berani” yang bermaksud tanda keberanian seoranmg lelaki selaku pahlawan perang suku kaum Dayak Iban di Sarawak.

Apabila espedisi “Ngayau” tersebut telah berjaya dan mereka pun balik ke rumah panjang dimana mereka berkumpul sebelumnya. Setibanya mereka menggunakan “Perahu Kayau” dipangkalan rumah panjang berkenaan maka semua pahlawan perang tersebut akan berteriak dengan laungaan sekuat-kuatnya menandakan mereka telah berjaya, mereka juga akan menari tarian “Ngajat” dan berbagai-bagai cara lagi yang menandakan mereka sangat gembira kerana telah selamat dan berjaya membawa balik kepala musuh yang telah kalah dan dibunuh.

Apabila mereka telah sampai di tangga rumah panjang tersebut, maka semua kelapa musuh itu akan disimpan didalam nyiru atau tampi sementara menunggu perempuan yang terpilih atau isteri pahlawan perang itu menyambut nya. Semua pembaca bahtera yang dikenali dengan panggilan “Lemambang” serta diikuti oleh perempuan yang terpilih yang dikenali sebagai “Orang Indu Tau Takar, Tau Gar, Nemu Betenun, Landik Ngembun” yang bermaksud perempuan yang pandai membuat tenunan, anyaman, tuak atau yang serba boleh dalam segala bidang, terus menanya bagaimana cerita mereka yang melakukan peperangan dalam bentuk bahtera tradisional yang dipanggil “Renong” serta kata-kata peransang yang dinamakan “Jako Ansah” kepada semua pahlawan perang yang baru balik daripada menyertai espedisi “Ngayau” itu kerana takut mereka yang balik telah menemui bala atau petunjuk yang tidak baik dalam perjalanan balik ke rumah panjang itu yang mana petunjuk itu akan membawa kesusahan yang boleh menyebabkan kerugian atau kematian dimana mungkin pihak musuh yang terselamat akan datang menjejaki mereka untuk membalas dendam.

Mereka teruis melakukan upacara “Miring” di tempat tersebut sebelum mereka naik ke rumah panjang. Semua semahan “Piring” yang disediakan adalah dalam bentuk tiga jenis peringkat dan disimpan di tiga tempat khas. Semua “Piring” tersebut disimpan dalam “Keresang” dan diletak di kepala tangga rumah panjang berkenaan supaya dewa atau tuhan yang mereka puja dari benua Panggau Libau yang telah membantu mereka mudah datang atau melihat apa yang mereka lakukan. Semua “Piring” ini tidak boleh diganggu atau dibuang dalam tempoh selama tiga hari berturut-turut.

Posted by John Adam Gilbert at 8:20 PM

http://ceritaanaksarawak.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s