Bengkah Renong

Renong boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut fungsi yang khusus seperti renong kayau, renong semain, renong ngayap, renong sabung dan renong adat (termasuk dalam renong adat ialah renong namaka tuah, renong ngetanka kuta dan renong muka kuta). Penjelasan yang lebih lanjut tentang jenis renong akan dibincang dalam Bab 5 kelak.

Secara umumnya renong ialah satu bentuk puisi rakyat Iban yang kompleks yang mengisahkan mitos tentang wira dan wirawati dari Orang Panggau, iaitu dewa-dewa dari kayangan yang sering membantu masyarakat Iban dalam perang dan pengembaraan pada zaman silam.

Apabila melagukan renong, penyanyinya kadang-kadang duduk pada ayun dan berhayun sambil menyanyi (Sandin, 1994).

Renong semain dilagukan oleh pemuda lelaki Iban pada malam sebelum dia pergi ngayap. Oleh kerana ia dinyanyikan sebagai puisi cinta, ia juga dikenali sebagai renong ngayap. Ia dinyanyikan untuk hiburan
pemuda lelaki dan perempuan Iban yang sedang bercinta. Renong semain masih terkenal di Saribas dan kebanyakan pemuisinya adalah golongan wanita. Renong semain dilagukan sebagai puisi kerja dan boleh juga untuk memuji tetamu yang bertandang ke rumah pengunjung.

Renong sabung dinyanyikan oleh lemambang yang dijemput pada malam sebelum aktiviti sabong (menyabung ayam) dilangsungkan keesokannya. Bagi masyarakat Iban tradisional, aktiviti sabung adalah acara tahunan yang penting kerana ia menandakan permulaan aktiviti perhumaan mereka. Oleh demikian, ia diadakan pada
waktu di antara aktiviti nebas (menerang) dan nebang (menebang). Dalam sabong tersebut, orang Iban dari hulu akan melagakan ayam tambatan mereka dengan ayam tambatan kepunyaan orang Iban dari hilir, masing-masing ada penyokong (Sandin, 1994). Renong sabong dinyanyikan sepanjang malam itu. Lemambang tersebut melalui puisi itu akan memanggil “Orang Panggau heroes, in particular Keling, Laja, Sempurai, Tutong and Ngelai to bless the fighting cocks” (Sandin, 1994: 59) yang akan dilagakan di dalam kelang sabong (gelanggang laga ayam) pada keesokannya.

Renong kayau ialah puisi perang yang dilagukan oleh orang Iban di kawasan Saribas pada zaman dulu sebelum mereka pergi untuk ngayau (menentang musuh) untuk menaikkan semangat juang mereka. Dalam renong kayau mereka memanggil Orang Panggau dari Panggau Libau di kayangan. Orang Panggau ini adalah wira
mitikal yang dipercayai sering datang untuk membantu orang Iban dalam banyak hal.

It called for Keling, Laja, Tutong and other Orang Panggau heroes to bless the warriors with success and to cause their enemies to be weak and blind during the coming attack. ……
………A famous singing of the renung kayau song was performed by lemambang Renggi of Bangkit, Paku and
lemambang Ragai of Stambak Ili, Layar, on the gravel bed at Nanga Ujong. This happened during the Rajah’s campaign against the rebels at Bukit Ujong in the upper Rejang and is said to have been heard by more than a thousand warriors. (Sandin, 1994:59)

Selain renong semain, terdapat juga sejenis renong yang disebut sebagai renong sakit yang masih popular hingga kini dan lazimnya dua orang lemambang akan duduk pada ayun ketika melafazkan puisi ini.

Renong sakit dikenali sebagai renong nurun ke Menjaya, iaitu “songs for calling down Menjaya, the shamanic god” (Sandin, 1994: 59) kerana puisi ritual ini dilagukan untuk memanggil Menjaya dari kayangan supaya datang untuk menyembuh pesakit.

LEKA MAIN: PUISI RAKYAT IBAN – SATU ANALISIS … – ePrints@USM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s