Bengkah sugi

Satu lagi bentuk leka main yang agak terkenal pada satu ketika dulu iaitu sugi.
Ada dua jenis sugi yang telah dikenal pasti – sugi semain yang dilagukan untuk hiburan
dan sugi sakit yang dianggap suci (sakral) untuk tujuan penyembuhan.

Sugi semain mengisahkan cerita tentang Keling (makhluk ghaib separa dewa) yang dikenali sebagai
Bujang Sugi dalam sugi tersebut.

Sugi sakit pula dilagukan untuk menyembuhkanpenyakit. Apabila sugi sakit dinyanyikan untuk tujuan penyembuhan, keadaan ini disebut besugi sakit. Lemambang yang menyanyikan puisi ini duduk dia atas ayun
“calling for Keling to enter this world and cure the patient” (Sandin, 1994: 68).

Keling dipercayai akan melakukan mujizat termasuk menyembuhkan pesakit. Pada malam
besugi sakit, pesakit dibaringkan di atas meligai (pelantar) yang didirikan di bahagian
ruai (galeri) kepunyaan keluarga pesakit.

Selepas nyanyian puisi ini, pesakit itu akan tidur di atas meligai tersebut, dan Keling dipercayai akan menjelma dalam mimpi pesakit bagi menyembuhkannya.

Sugi juga dilagukan oleh manang (dukun) dalam aktiviti perbomohan yang hendak menangkap semengat si pesakit yang hilang atau ‘lari’ ke Sebayan.

LEKA MAIN: PUISI RAKYAT IBAN – SATU ANALISIS … – ePrints@USM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s