KAJIAN PETEMPATAN DI SARAWAK SEBELUM PEMERINTAHAN BROOKE DIJADIKAN BAHAN SEJARAH

KAJIAN PETEMPATAN DI SARAWAK SEBELUM PEMERINTAHAN BROOKE DIJADIKAN BAHAN SEJARAH
September 19, 2012 kertas kerja No comments

KUCHING, 19 Sept (Bernama) — Satu kajian dan penilaian mengenai isu
petempatan dan kerajaan awal Sarawak bermula dari 1400 hingga 1840, sebelum
pemerintahan dinasti Brooke, akan dijadikan sebagai bahan sejarah negara selepas
penemuan fakta baharu nanti, kata Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM)
Daresah Ismail.
Beliau berkata sejarah adalah rentetan peristiwa yang benar-benar
berlaku pada masa lampau, yang patut dijadikan pedoman dan rujukan dalam membuat
keputusan untuk membina negara yang lebih gemilang pada masa akan datang.
“Fokus perbincangan terarah kepada petempatan di Sarawak sebelum 1840
merupakan satu tajuk yang cukup menarik kerana tidak banyak kajian dan bahan
bacaan mengenai tajuk ini dan saya berharap sesuatu yang menarik dan bernilai
dapat dikongsi dan diketengahkan kepada masyarakat,” katanya pada perasmian
majlis Polemik Sejarah Malaysia sesi ke-27, anjuran ANM cawangan Sarawak di sini
hari ini.
ANM sentiasa menganjurkan siri polemik sebagai medium penyelesaian isu yang
menjadi perdebatan dan perbahasan di kalangan masyarakat, khususnya berkaitan
dengan sejarah dan ketamadunan bangsa, supaya mereka akan memperolehi gambaran
dan persepsi yang lebih seimbang, katanya.
Tiga kertas kerja iaitu “Satu Perspektif Fakta Sejarah Sarawak Pada Era
1400-1840″ dibentang oleh pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof
Madya Dr Bilcher Bala, “Sejarah Awal Migrasi Kaum Iban ke Sarawak” oleh Timbalan
Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Madya Dr
Neilson Ilan Mersat dan “Menejaki Migrasi dan Petempatan Masyarakat Bidayuh dari
1400-1840″ oleh penyelidik Unimas Bidah Ugong.
– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s