Tarian Ngajat

Tarian Ngajat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tarian Ngajat.

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.

Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-

Ngajat Induk
Ngajat Bebunoh
Ngajat Lesong
Ngajat Semain
Ngajat Berayah
Ngajat ““Ngemai antu pala”

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti ‘sirat’, ‘gagung’ atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber’Rayah’ sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Bagi penari lelaki atau digelar ‘keling’, Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti ‘sirat’, ‘gagung’ atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai ‘kumang’ pula, mereka memakai pakaian tradisi seperti

Pautan luar

Ngajat.
Laman Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Ngajat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s