LEKA_MAIN_PUISI_RAKYAT_IBAN

http://eprints.usm.my/9122/1/LEKA_MAIN_PUISI_RAKYAT_IBAN_-_SATU_ANALISIS.pdf

 

 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 
vii
LEKA MAIN
: IBAN FOLK POETRY – AN ANALYSIS
OF FORM AND FUNCTION
ABSTRACT
This thesis is an attempt to study and analyze Iban folk poetry known as
leka
main
. Basically it has two main
objectives – the first is to
analyze the form, style and
structure of
leka main
; the second is to study its functions in Iban society, thus also
categorizing it according to these func
tions. As a form of social art
leka main
needs to
be studied also within the c
ontext of its performance. T
hus, beside looking at its form,
style and structure, the thesis also attempts
to study various aspects of its performance
which include a study of the audience,
mode and style of presentation, the
accompanying musical instruments and other paraphernalia.
To analyze the functions
of
leka main
in Iban society, the thesis appropriat
es ideas of the functionalists in the
sociology of literature which among other
things emphasizes on the socio-cultural
functions of literature. In line with the f
unctionalist view of lite
rature, three functions
of
leka main
could be identified – first,
leka main
that contributes to social and
emotional stabilization such as
pantun, jawang, ramban, sanggai, pelandai ara,
pelandai karung, sugi, renong semain, ensera;
second,
leka main
that functions in
customs and traditions such as
renong adat (ngetanka kuta,
muka kuta, namaka tuah),
tanya indu, pantun meri ngirup,
pantun peransang, tanya indu, geliga, naku pala, ai
ansah
dan
ganu nyambut temuai
; third,
leka main
which forms part of belief system,
rites and rituals such as
sampi, pengap, timang, pelian, sugi sakit
and sabak. As a
conclusion, the thesis emphasizes th
e fact that th
e survival of
leka main
in Iban society
is very much linked to its socio-cultural functions that help sustain it as a “lived”
cultural form.

 
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0
Pengenalan
Bab pendahuluan ini akan membincang tenta
ng asal masyarakat Iban di negeri
Sarawak dan pelbagai jenis puisi rakyat me
reka yang telah diperturunkan dari satu
generasi ke generasi seterusnya. Dalam ba
b awal ini dimuatkan sedikit tinjauan kajian
lalu tentang penulisan-penulisan yang terdahulu oleh pengkaji-pengkaji luar dan
tempatan yang telah mengkaji budaya (termas
uk puisi rakyat) masyarakat Iban di
Sarawak. Seterusnya, bab ini akan menyata
kan pernyataan masalah, objektif tesis,
fokus kajian, metodologi dan sedik
it unjuran bagi tiap-tiap bab.
1.1 Asal Usul Masyarakat Iban
Suku kaum Iban ialah penduduk pribumi yang terbanyak di Sarawak yang
dikenali sebagai Bumi Kenyalang (Numpang,
1989). Pada zaman pemerintahan Rajah
Brooke, Sarawak disebut sebagai Bumi Pemo
tong Kepala. Negeri Sarawak mempunyai
23 etnik utama dan berpuluh-puluh lagi
suku kaum pribumi
kecil-kecil yang
kesemuanya menganut pelbagai agama, ke
percayaan dan mempunyai adat resam serta
budaya masing-masing menuturkan bahasa dan dialek yang berbeza-beza mengikut
daerah-daerah kediaman mereka di ka
wasan luar bandar dan pendalaman.
Dua puluh tiga etnik bumiputera
yang utama di Sarawak ialah
Dayak Iban
(Iban
Skrang, Iban Miri-Bintulu-Limbang, Iban Sa
ribas, Iban Batang
Rajang, Iban Undop,
Iban Lemanak dan Iban Malikin),
Melanau
(Seduan, Segalang, Belium, Bintulu,
Segahan, Matu/Mato Daro, Oya, Mukah,
Rejang, Igan, Siteng, Tatau, Balingian,
Kanowit, Sekapan, Kejaman, Lahuna, Banyok),
Bidayuh
(Orang Biatah, Bukar–Sadong,
Bau–Singghi-Jagoi, Selakau dan Lara),
Kenyah
(Orang Batu Biah, Murik, Lisong,

 
2
Sebob, Sipang, Long Kipat, Lepu Aga, Lepu Tau, Nyamok dan Uma Kulit),
Melayu,
Kedayan, Belait, Sebuyau, Kayan, Punan, Penan
(kumpulan yang masih nomadik)
,
Tebun, Bukat/Ukit, Bisaya, Baketan, La’en,
Tagal, Lelak, Sian/Sa’an, Lugat, Lisun,
Kelabit, Lun Bawang/Lun Dayeh (Murut).
Kumpulan-kumpulan kaum ini tinggal di
kawasan tanah rendah dan bahagian darat, ka
wasan tanah tinggi dan
kawasan pesisir.
Masyarakat Dayak Iban tradisional adalah
penduduk pribumi yang paling dominan di
Sarawak, diikuti oleh Dayak Bidayuh, kaum
Melayu-Melanau dan lain-lain kumpulan
etnik di atas yang le
bih dikenali sebagai
Orang Ulu.
Orang Iban tradisional dikenali sebaga
i Dayak Laut dan me
reka berasal dari
Kalimantan, Indonesia tetapi berpindah mereka ke Sarawak pada masa hampir sama
dengan kedatangan bangsa Eropah ke Asia Te
nggara (Kedit, 1984). Mereka memasuki
Sarawak melalui Batang Air Kapuas, jala
n masuk paling mudah bagi melintasi
sempadan Sarawak-Kalimantan (Jensen 1966).
Pada asalnya, menurut Sandin B (1956),
Sengalang Burung
(nenek moyang Orang Iban) dengan pengikutnya telah menduduki
sepanjang kawasan Sungai Kapuas dan anak-anak sungainya di barat daya Pulau
Borneo. Tetapi kemudian cucu Sengalang Burong yang bernama
Sera Gunting
lebih
gemar mendiami Banjaran Tiang Laju di ba
hagian barat Pulau Borneo (Sarawak).
Bagaimana pun, Sengalang Burong mengadakan persidangan dengan anak-anak
buahnya di Merakai (salah sebuah an
ak Sungai Kapuas) untuk merancangkan
perpindahan ke Batang Ai.
Sejarah telah menunjukkan bahawa masyarakat Iban berasal dari Kapuas,
Indonesia (Richards, 1949) tetapi berpindah
dari sana dan mula menetap di Kumpang
(tempat tinggal mereka yang pertama di Sara
wak). Sebahagian daripada mereka pula
dipengaruhi oleh seorang pemimpin kaum Iban yang bernama
Lelang Belayan
untuk
mengubah haluan ke hulu sungai Kumpan
g yang menghala ke Lubok Antu dan

 
3
Engkelili lalu menetap di kawasan Sungai
Batang Lupar yang lebih dikenali sebagai
Batang Ai (Batang Air). Dari Batang Ai,
suku kaum Iban berpindah ke anak-anak
sungai di Ulu Ai dan membuat rumah panja
ng mereka di Delok, Mepi, Jinggin, Engkari,
Skrang dan Lemanak. Namun demikian, ramai
di antara mereka yang berpindah lagi
lalu menetap di Sungai Undup dan Wong
Tempangau (Sandin B, 1994) di bawah
pimpinan
Kajup
, dan mereka kini dikenali sebaga
i Iban Undup (diaso
siasikan dengan
nama tempat tinggal mereka). Kelihata
nnya, perpindahan awal Dayak Iban adalah
amat berselerak di kawasan hulu sungai
Batang Lupar dan Batang Saribas (Vinson,
1989) di Bahagian Sri Aman, dan perpindaha
n mereka ini telah berlaku sejak abad ke
19 dari Hulu Batang Lupar melalui sempad
an Kalimantan menuju ke kawasan Rejang.
(Victor, 1985).
Seorang lagi ketua suku kaum Iban iaitu
Gelungan
juga membawa pengikutnya
keluar dari Merakai (sebua
h anak sungai Kapuas) ke U
ndup dan mendiami Bukit Balau.
Keturunan Gelungan kini disebut sebagai
Iban Balau
kerana menetap di kawasan Bukit
Balau, penempatan terawal mereka di ka
wasan Sri Aman. Kemudian Gelungan
berpindah sekali lagi ke Sebuyau dengan seba
hagian pengikutnya, dan generasi mereka
kini dikenali sebagai
Iban Sebuyau
. Walau bagaimanapun setelah kematian Gelungan,
Iban Sebuyau berpecah dan ada yang berpindah ke Meredang Gayam, Lundu dan
Samarahan. Ketua-ketua suku
kaum Iban yang lain seperti
Lanong, Kanyong,
Meringgai
dan
Manggi
telah membawa pengikut-pengikut
mereka berpindah ke Rantau
Langkong, Tanjung Merarang, Sungai Skrang da
n Tisak, kesemua tempat ini berada
dalam kawasan Sri Aman. Oleh demikian halnya,
Sri Aman merupakan penempatan
penduduk Iban terbanyak sekali, diikuti oleh Kapit, Kalaka
(Saratok), Mukah, Kuching,
Saribas(Betong), Baram, Song dan Sarikei.
Bolehlah dikatakan bahawa pada
keseluruhannya suku kaum Iban terdapat
di seluruh pelusuk Bumi Kenyalang.

 
4
Masyarakat tradisional Ib
an seringkali berpindah kerana keperluan untuk
“adapted to a habitat with distinct zones”
(Vinson, 1978: 9). Ma
knanya, persekitaran
telah mempengaruhi tindakan mereka untuk
terpaksa mengadaptasikan diri dengan
habitat (kehidupan) semulajadi. Menurut
pendapat Vinson di atas
, keadaan sekeliling
telah mencabar mereka untuk berusaha mendapatkan makanan dan keperluan dalam
kehidupan seharian.
Perpindahan kaum Iban yang begitu ke
rap sekali didorong oleh faktor-faktor
seperti penerokaan tanah baru untuk tujuan survival, ekologikal dan budaya mereka.
Pertama, kejayaan berterusan dalam pertania
n boleh meninggikan imej dan prestij serta
keturunan mereka. Justeru, me
reka memerah seluruh kering
at dan bekerja keras untuk
menambahkan hasil tanaman seperti padi, ubi
, keledek, jagung dan
sebagainya. Oleh
hal demikian, apabila tanaman
berumai
(berhuma) tidak memberi hasil yang lumayan,
hal ini akan menjatuhkan imej mereka
(Vinson, 1978). Sebaliknya, jika berjaya
mendapat hasil yang banyak, petani-pet
ani tersebut akan dijemput ke
Gawai Padi
yang
diadakan di sebuah rumah panjang lain
“at which they produced blessing on the
sponsors and other guests so
that the latter might shar
e good fortune” (Vinson, 1978:
26). Ini bererti budaya
berumai
bukan sekadar untuk memper
oleh beras tetapi juga
sebagai prestij dan kejayaan individu (Osman, 1989). Pendek kata, kejayaan bercucuk
tanam boleh meninggikan status, imej dan ma
rtabat mereka dala
m masyarakat Iban
silam. Menurut Vinson (1978: 26), “success in
rice farming has been described by Iban
as …… prestige”.
Faktor ekologikal turut menyebabkan pe
rpindahan kaum Iban. Ini kerana
terdapat banyak tumbuhan, ikan dan binata
ng buruan di dalam hutan tebal yang masih
belum diterokai dahulu. Aktiviti non-horti
kultur ini telah mengakibatkan perpindahan
mereka ke lembah-lembah yang kaya dengan
bahan makanan tersebut. Maka bolehlah

 
5
dianggap perpindahan itu berlaku sebagai satu
desakan untuk tujuan survival (Vinson,
1978) bagi kaum Iban.
Seterusnya melalui faktor budaya, masy
arakat Iban menghadapi persaingan
dengan etnik bumiputera yang lain untuk me
nguasai kawasan pertanian, sungai dan
kawasan perburuan. Contohnya, mereka beru
saha mempertahankan kawasan tanah padi
daripada dirampas oleh suku kaum lain. Ap
abila berlaku konflik
kerana rebutan atau
rampasan kuasa ke atas kawasan tanah pertan
ian, mereka akan berpindah ke tempat lain
dan menerokai kawasan yang baru untuk be
rcucuk tanam. Mereka suka membuat
petempatan di kawasan penanaman padi
huma di atas bukit dan hidup secara
berkelompok serta bekerjasama mempertaha
nkan diri daripada ancaman dan musuh
mereka.
Kaum Iban juga gemar
bejalai
(
mengembara) untuk memperluaskan
pengalaman atau memulakan penghidupan baru
di tempat yang lain jauh dari kediaman
asal mereka. Hidup berpindah randah kaum
Iban demikian dikaitkan dengan keinginan
untuk menonjolkan diri, mencar
i pengalaman baru, mencipta nama dan seumpamanya.
Oleh sebab demikian, mereka
suka mengembara ke tempat-tempat lain untuk mencari
kehidupan baru yang lebih baik.
Orang Iban gemar tinggal di rumah panjang,
satu fitur distintif
organisasi sosial
mereka. Sesebuah rumah panjang dihuni oleh
kaum kerabat atau saudara mara mereka
sendiri. Malah kehidupan di rumah panjang merupakan bukti nyata tentang kekukuhan
keluarga dan kerjasama dalam kalangan mereka (Vinson, 1978). Rumah panjang
didirikan kerana kekurangan
tanah yang rata. Keadaan ta
nah tinggi dan berbukit bukau
telah mencabar mereka untuk menyelesaika
n masalah pembinaan petempatan. Oleh
kerana demikian halnya rumah panjang dibi
na agar dapat menampung beberapa unit
keluarga dan ia dibuat secara berbilik-bil
ik (Kadir, 1980). Dengan cara itu, masalah

 
6
kekurangan kawasan rata un
tuk mendirikan rumah dapa
tlah diatasi. Sehubungan
dengan itu, kawasan tanah rata yang ad
a bolehlah digunakan untuk bercucuk tanam.
Rumah panjang juga didirikan kerana faktor keselamatan, iaitu bagi menghadapi
binatang buas dan serangan musuh dalam ekspedisi
ngayau
(mencari dan memotong
kepala musuh) terhadap masyarakat Iban
pada zaman lampau. Dengan demikian
mereka bukan sahaja merasa selamat teta
pi lebih selesa da
n yakin tinggal secara
berkelompok dalam sebuah rumah panjang.
Selain itu pembinaan rumah panja
ng membolehkan masyarakat Iban
menjimatkan bahan-bahan pembinaannya sepe
rti bahan atap, dinding dan tiang kerana
bahagian-bahagian itu boleh diperoleh se
cara berkongsi sebelah menyebelah bilik.
Dengan demikian masalah kesukaran men
cari bahan-bahan untuk membuat rumah dan
segala kerumitan itu dapat dirasai dan diat
asi bersama. Bagi suku kaum Iban, rumah
panjang ialah suatu tempat kediaman ya
ng lebih menyeluruh dan munasabah. Dengan
kata lain, faktor kemiskinan juga menye
babkan suku kaum Iban gemar membuat rumah
panjang.
Masyarakat Iban lebih selesa ti
nggal di rumah panjang. Kehidupan
berkelompok di rumah panjang pula dapat
mengeratkan lagi semangat kekitaan dan
muhibbah di kalangan penghuninya. Apab
ila diadakan sesuatu pesta atau
gawai
, ia
bukan diadakan secara keluarga atau indi
vidu tetapi sebagai satu upacara rumah
panjang. Maka dalam keadaan kemeleseta
n ekonomi atau kekurangan makanan, hal
demikian dapatlah menjimatkan perbelanjaan kerana
gawai
diadakan sebagai satu
perkongsian yang munasabah.
Sesebuah rumah panjang terbahagi kepada
tujuh bahagian (Jen
sen, 1974) seperti
bilek, sadau, ruai, tanju, dapur, padong
dan
tempuan
.
Bilek
ialah unit asas iaitu famili
atau keluarga dalam organisasi sosial kaum Iban. Anggota
bilek
menjadi
suku juru

 
7
kaban belayan (
Vinson, 1978), iaitu kaum kerabat rumah panjang tersebut.
Sadau
yang
terletak di atas
bilek
digunakan sebagai stor untuk menyi
mpan padi, benih
padi dan alat-
alat menanam padi seperti tikar, bakul, parang
dan lain-lain alat keperluan keluarga
(Freeman, 1970).
Ruai
ialah kawasan terbuka di rumah
panjang, tetapi dipisahkan oleh
tiang bumbung. Ia adalah tempat interaksi
sosial masyarakat rumah panjang. Upacara-
upacara rumah panjang seperti
beranyai
(
ngajat
atau menyanyikan
leka main
mengelilingi replika kayu yang menghasilkan
pelbagai jenis buah
seperti pokok kayu di
sebayan
)
, niti daun
(berarak di
ruai
dalam sesuatu proses ritual)
, ngerandang
(menari
tarian
ngajat
khas untuk mengalu-alukan kehadiran makhluk halus)
, timang gawai
(menyanyikan
puisi
timang
semasa gawai) dan seumpamanya diadakan di
ruai
.
Ruai
juga adalah tempat ketua-ketua masyarakat Iban
baum
(bermesyuarat) dengan anak-
anak buahnya di rumah panjang tersebut.
Tanju
ialah bahagian luar
ruai
yang dibina
tanpa bumbung untuk menjemurkan hasil-hasil
tanaman seperti lada, padi, getah dan
sebagainya. Dapatlah dika
takan bahawa rumah panjang mempunyai beberapa fungsi
asas seperti perkongsian pertahanan, ke
ramaian dan sekaligus menjadi pusat
pentadbiran undang-undang
adat
.
Sehingga kini ciri-ciri
kehidupan di rumah panjang
terus berakar umbi dalam masyarakat masyarakat Iban.
Sesebuah rumah panjang diketuai oleh seorang
tuai rumah
yang menjadi ketua
pentadbir dalam rumah panjang itu. Lazimnya,
tuai rumah
dipilih daripada warga tua
yang berpengalaman dan berpengaruh di rumah panjang berkenaan.
Tuai rumah
bertanggung-jawab dalam semua penta
dbiran rumah panjang, menguatkuasakan
undang-undang atau adat (Jense
n, 1974) dan menyelesaikan
sebarang persengketaan di
rumah panjang itu (Melling, 1988).
Tuai rumah
pula dibantu oleh
tuai burong
dan
tuai
gawai
untuk menjalankan upacara-upacara keag
amaan yang berkaitan dengan adat
resam dan kepercayaan masyarakat Ib
an. Menurut Vinson & Sutlive (20
01),

 
8
perlantikan
tuai rumah
bergantung kepada keberanian, harta, kemahiran berucap di
depan khalayak, pengetahuan tentang adat re
sam dan ciri-ciri kepimpinan yang ada
pada seseorang itu. Pengganti
tuai rumah
mungkin juga anak dia sendiri atau
menantunya, mana-mana ya
ng lebih berkebolehan.
The ascension of an individual to
such a position is facilitated
by attributes
of wealth, bravery, skills in public speaking, know-
ledge of adat
, the abilities to lead, am
ong others: the position
of tuai rumah is
usually passed from father
to son or to son-in-
law in a particular bilik-family.
(Vinson & Sutlve, 2001a: 681)
Masyarakat Iban menganut dan mengamalkan
pengarap lama
iaitu kepercayaan
tradisional dan mereka kerap mengadakan
upacara-upacara ritual dan keagamaan yang
berkaitan dengannya (Melli
ng, 1988). Asal-usul
pengarap lama
ini ialah daripada Raja
Durong (Sandin, 1964), dan ia mela
hirkan kepercayaan kepada
petara
(tuhan) mereka
dan juga kuasa ghaib, semangat orang hidup
dan mati, semangat padi, fenomena alam,
makhluk hidup dan objek tidak bernyawa.
Petara
disembah dan dipuja
melalui
upacara-upacara
miring
atau
bedara
(persembahan korban)
,
sampi
(puisi doa)
,
pengap
(zikir)
dan
timang
(
invokasi) semasa perayaan keag
amaan untuk menyampaikan niat
mereka. Mereka percaya bahawa Singalang Burong, Simpulang Gana dan Puntang Raja
adalah
Petara (Melling, 1988) yang memberi ajar
an kepada mereka melalui mimpi.
Selain itu,
petara
dan
antu
(makhluk halus)
kerap diperkenalkan melalui cerita-cerita
naratif seperti mitos tentang Seramugah
(tuhan pencipta bumi), Segundi
(tuhan pencipta
air) dan Segundit
(tuhan pencipta langit) yang kini
masih terkenal. Sehubungan dengan
itu, masyarakat Iban percaya pada nasi
b buruk baik dengan mendengar bunyi-bunyi
burung seperti
ketupong
,
kikih
atau
embuas, beragai, papau
atau
senabong, pangkas
atau
kuto
k
dan
nendak
(Vinson, 1987). Kepercayaan tentang nasib dan buruk-baik
sesuatu perkara adalah hasil daripada pengadaptasian masyarakat Iban terhadap alam
semula jadi dan hubungan mereka dengan alam
. Bertitik tolak daripada kepercayaan

 
9
tersebut, lahirlah juga kepercayaan terhadap
pengaroh
(azimat) dan
engkerabon
(ubat
pelindung diri)
.
Kaum Iban amat unik dan kaya dengan
adat dan kebudayaan yang tersendiri.
Oleh demikian terdapat pelbagai perayaan yang merupakan upacara pemujaan untuk
menyampaikan niat, memohon kebaikan dan berdoa kepada
petara
.
Perayaan-perayaan
ini dikenali dengan berbag
ai-bagai nama seperti
Gawai Batu, Gawai Burong (Gawai
Kenyalang), Gawai Rumah Baru (Gawai
Mangkong Tiang), Gawa
i Nama Ke Tajau,
Gawai Antu, Gawai Ngemali Umai
dan lain-lain seumpamanya.
Gawai Batu
dianggap
sebagai perayaan utama kerana kaitannya de
ngan tradisi berhum
a masyarakat Iban
(Melling, 1988). Tujuan
Gawai Batu
ini ialah untuk memohon keberkatan daripada
petara
untuk membersihkan tanah huma dari
pada gangguan serangga perosak dan
penyakit. Maka ia bolehlah diadakan apab
ila mereka tidak mendapa
t hasil tuaian yang
baik pada tahun sebelumnya.
Gawai Batu
juga diadakan setela
h berpindah ke rumah
panjang baru untuk memohon keberkatan, kemakmuran dan kesenangan hidup selama
mereka menghuni rumah panjang tersebut. Dalam konteks ini,
Petara
yang
dimaksudkan ialah Sempulang Gana Bujang Rangkang Kirai Raja Sua,
manusia luar
biasa yang dipercayai tinggal di kayanga
n. Menurut kepercay
aan, Simpulang Gana
ialah dewa atau pesuruh utama
petara
yang dilantik sebagai penjaga tanah, tempat
mereka berhuma dan bercucuk tanam.
Gawai Kenyalang (Gawai Burong)
diadakan sebagai penghormatan kepada
Singalang Burong
iaitu tuhan perang bagi masyarakat
Iban tradisional (Sandin, 1977).
Asal usul perayaan ini di
kaitkan dengan kepercayaan
tentang Aki Lang Sengalang
Burong Jagu Menaul Tuntung
(
burung helang) yang ditugaskan oleh
petara
untuk
memimpin segala kerja perang bagi masyarakat Iban kerana beliau memiliki semua
jenis
pengaroh
(azimat). Oleh hal demikian,
Gawai Kenyalang
bolehlah diadakan

 
10
semasa atau sebelum ekspedisi
ngayau
. Ia juga boleh diadakan apabila seseorang
pahlawan Iban menerima alamat daripada
petara
melalui mimpi untuk mengadakannya.
Bagaimana pun,
Gawai Kenyalang
boleh diadakan sebaik sahaja seseorang Iban pulang
daripada
bejalai
(mengembara) setelah memperoleh pendapatan lumayan atau barang
yang berharga. Lazimnya upacara perayaan dijalankan di
tanju
(kawasan di luar
ruai
)
kerana Singalang Burong
dipercayai akan datang dan duduk bersama-sama dengan
mereka semasa makan dan minum di sana.
Satu lagi perayaan yang penti
ng bagi masyarakat Iban ialah
Gawai Antu,
iaitu
satu upacara ritual sebagai penghormatan ke
pada orang yang telah mati (Vinson, 1989).
Perayaan ini memerlukan perbelanjaan ya
ng besar dan persediaannya mengambil masa
dua hingga tiga tahun (Melli
ng, 1988). Pada malam
Gawai Antu,
acara
ngalu petara
(mengalu-alukan kedatangan
petara
)
diadakan di
ruai
(galeri rumah panjang) dengan
cara mengadakan satu perarakan secara besar-besaran oleh pemuda-pemudi yang
berpakaian tradisional. Menurut Me
lling (1988), mereka bergerak dari
bilek
ke
bilek
(satu unit keluarga di rumah panjang) deng
an diriiringi muzik tradisional seperti
gegendang, setawak, bebendai
dan
engkerumung.
Jika berlaku satu kematian di rumah panjang, saudara mara si mati akan datang
ke rumah keluarga yang ditimpa kese
dihan untuk menolong dan memberi sokongan
moral. Kedua-dua pintu masuk utama ke dalam rumah panjang itu akan dilintangkan
alu
(
kayu untuk menumbuk padi) sebagai tanda untuk menghalang
semengat
orang
yang sudah lama mati daripada memasuki
rumah panjang berkenaan dan membawa
semengat
orang yang masih hidup ke
Sebayan
(dunia baru) lalu mengakibatkan lebih
banyak kematian di rumah panjang itu.
Mayat si mati kemudian dibawa keluar dari
bilek
ke
ruai
dan dilindungi dengan
sapat
,
sejenis pendinding kain te
nunan yang disebut sebagai
pua’ kumbu
.
Tujuan

 
11
meletakkan mayat dalam
sapat
ialah supaya kucing atau an
jing tidak melangkahi atau
memijaknya. Jika berlaku demikian,
semengat
si mati tidak akan dapat berehat dengan
tenteram dan akan sentiasa memburu or
ang yang masih hidup. Justeru, perlulah
sentiasa dijaga dengan rapi mayat tersebut
oleh beberapa ora
ng perempuan yang sudah
berumur, yang akan duduk dalam
sapat
sehingga mayat itu dibawa keluar untuk
dikebumikan pada awal pagi keesokannya.
Pada malam itu juga, jumlah hari
perkabungan dan segala pantang lara
ng yang berhubung dengan kematian akan
dibincangkan dan ditetapkan oleh ahli keluarga si mati dengan
tuai rumah
dan
beberapa ketua masyarakat yang lain Sega
la keputusan yang dicapai akan diumumkan
kepada khalayak yang sedang berhimpun di rumah panjang itu.
Semua
baiya
(
barang peribadi yang dipilih untuk kegunaannya di dunia baru
,
Sebayan
)
diletakkan berdekatan dengan mayat si
mati. Mayat lazimnya berada di
rumah selama tiga hari kerana menunggu keda
tangan saudara mara atau waris yang
tinggal di tempat yang jauh. Pada
malam terakhir mayat berada di
ruai, tukang sabak
(jururatap) akan menyampaikan
sabak bebuah
(ratapan) yakni satu bentuk puisi
kesedihan, sebelum mayat diusung keluar
ke kuburan untuk dikebumikan pada hari
keesokannya.
Tukang sabak
diberi upah berbentuk wang da
n benda-benda lain seperti
sedepa kain,
tajau
(balang), pinggan, parang atau kepi
ngan besi dan seekor ayam.
Mayat dimasukkan ke dalam
santubong
(
keranda) sebelum dikebumikan.
Kemudian si mati itu akan
diberi makai
(diberi makan) untuk kali
terakhir dengan cara
memecahkan pinggan yang biasa digunakannya hi
ngga menjadi serpihan-serpihan kecil
lalu dibuang ke tanah bersama sediki
t nasi dan lauk melalui lubang lantai
ruai
kepunyaan keluarga si mati.
Sementara itu, di tanah perk
uburan, satu upacara kecil,
iaitu penyembelihan ayam terlebih dahul
u dilakukan sebelum l
ubang digali. Darah
ayam itu diusapkan atau disiramkan ke atas kawasan tanah kubur si mati untuk
genselan

 

 
13
disalahtafsirkan oleh orang Barat yang
menggelar Sarawak sebagai Bumi Pemotong
Kepala
.
Sesungguhnya, tanggapan demikian amatla
h tidak tepat kerana kaum Iban
adalah satu bangsa yang sangat baik,
penyayang dan pemurah (Melling, 1988).
Sebenarnya
ngayau
dilakukan oleh orang Iban pada zaman silam semata-mata untuk
tujuan mempertahankan diri
daripada dicabar, dipermai
n-mainkan dan diganggu oleh
kaum lain termasuk pencerobohan masuk ora
ng asing seperti orang-orang Rajah Brooke
dahulu. Bolehlah dikatakan bahawa ma
syarakat Iban hanya membunuh semasa
ngayau
(ekspedisi perang) sahaja, bukan pada sebarang
masa sesuka hati. Lelaki Iban yang
membawa balik kepala musuh akan mendapat
ensumbar
, iaitu gelaran nama (nama puji-
pujian) seperti
Bujang Berani
(wira/pahlawan Iban) dan sebagainya.
Kepala musuh yang diperoleh akan di
awet dan disalai, dan tengkorak ini
dipanggil
antu pala
(trophi kepala) yang akan dija
dikan harta pusaka keluarga
berkenaan turun-temurun.
Antu pala
itu akan digantung di atas
bedilang
(dapur kecil)
di
ruai
dan dipanaskan dengan api kecil supaya
antu pala
tersebut dapat berehat dengan
tenteram. Pada hakikatnya, tidak semua
musuh yang ditemui di medan perang akan
dibunuh. Contohnya, wanita dan kanak-kanak
hanya ditangkap dan dijadikan tawanan
perang di rumah panjang tetapi
diberi layanan yang baik,
dan kemudian dijadikan ahli
keluarga angkat melalui
adat mengiru hamba abdi
(istiadat mengangkat anak) atau
gawai betembang
(
gawai
mengangkat anak), iaitu sa
tu upacara khas untuk
mengesahkan tawanan berkenaan diangkat sebaga
i ahli keluarga oleh mana-mana famili
yang sudi. Dengan demikian halnya, maka
tidak wujud kelas hamba abdi dalam
masyarakat Iban.
Ngayap
(berjumpa gadis pada waktu malam)
pula ialah satu amalan tradisi oleh
lelaki bujang dan perempuan dara kaum Ib
an. Dalam amalan ini, si lelaki akan
menemui perempuan yang disukainya di tempat tidur sebagai titik permulaan ádat

 
14
bercinta’mereka.
Ngayap
dilakukan pada larut malam, da
lam keadaan senyap dan sulit
tetapi bukan untuk mendapatkan kepuasan seks
ual. Percintaan yang disemai melalui
adat
ngayap
memberi peluang kepada lelaki dan
gadis tersebut mengintimkan lagi
hubungan cinta hingga ke junjung pelamin. Ekoran daripada adat
ngayap
,
perkahwinan
pasangan kekasih itu akan diatur oleh i
bubapa kedua belah pihak setelah mereka
berumur 21 tahun hingga 23 tahun (Sandin, 1976).
Sebelum perkahwinan dilangsungkan, rombongan pihak lelaki akan merisik dan
melamar perempuan dengan menghantarkan perutusan yang disebut
bebungan ke jaku
(membawa hantaran).
Apabila mendapat restu daripada pihak gadis perempuan,
nanya
indu
(perutusan meminang) akan diha
ntar. Selepas itu baharulah
melah pinang
(perkahwinan secara besar-besaran) atau
beterang nikah
(perkahwinan secara kecil-
kecilan) akan dilangsungkan (Melling, 1988)
. Majlis perkahwinan dilangsungkan
dengan menjemput dan membawa pengantin perempuan ke rumah ibubapa pengantin
lelaki dalam satu upacara
yang dikenali sebagai
ngambi indu
(menjemput pengantin
perempuan ke rumah pengantin lelaki). Ap
abila sampai di kawa
san kaki tangga rumah
panjang pengantin lelaki, upacara
miring
dilakukan. Dalam upacara miring tersebut,
ritual
bebiau
(melafazkan
sampi
dengan mengibarkan ayam )
oleh seorang Iban yang
berusia dan berpengaruh. Dalam adat
bebiau
tersebut
,
beliau akan menggunakan ayam
jantan yang dikibarkan perlahan-lahan di
atas kepala pengantin sambil menjampi untuk
mententeramkan alamat yang kurang baik serta memohon kepada
petara
agar
memberkati perkahwinan dan mengekalkan
kebahagiaan mempelai dan kesejahteraan
rumah tangga mereka. Sebaik sahaja se
lesai upacara perkahwinan itu, pasangan
tersebut duduk bersama di
bilek
sendiri sebagai sebuah unit
keluarga di rumah panjang
(Melling, 1988).

 
15
1.2
Puisi Rakyat Iban: Jenis
Leka Main
Puisi rakyat orang Iban di Sarawak disebut sebagai
leka main.
Leka
maksudnya
‘benih’ (Bruggeman, 1987: 99) tetapi ia juga
bererti ‘perkataan’
atau ‘word’, yakni
sesuatu kata yang dicipta untuk lirik lagu, puisi dan ujaran.
Leka
dalam bahasa Iban
bukanlah bermakna lalai, lengah at
au asyik oleh sesuatu perkara (
Kamus Bahasa
Melayu,
1987). Manakala maksud
main
dalam bahasa Iban pula bukan sahaja
melakukan sesuatu untuk menyenangkan hati
, bersenang-lenang, bersuka-suka dan
berehat tetapi juga merangkumi segala bent
uk puisi yang dilafazkan untuk tujuan
hiburan dan ritual (Richards, 1981).
Main
ini dilafazkan untuk mengiringi ritual semasa
gawai
, sebagai invokasi kepada dewa dan juga
bagi tujuan memohon keberkatan dan
penyembuhan. Boleh dikatakan
leka main
ialah satu puisi rakyat
masyarakat Iban yang
tersendiri. Oleh demikian,
leka main
bukanlah perkara main-main tetapi satu bentuk
pengucapan yang terhasil dari imaginasi, da
ya cipta dan realiti budaya mereka yang
mempunyai estetika, tema dan bent
uknya yang unik dan tersendiri.
Leka main
tersebar melalui lisan, maka ia bersif
at lisan, diwarisi dan tersebar dari
satu generasi kepada generasi secara tur
un-temurun. Ia juga be
rsifat kolektif dan
fungsional kerana ada puisi yang terhasil da
ripada kegiatan ritu
al dan masih berfungsi
untuk tujuan tersebut. Bentuknya masih teri
kat oleh konvensi tertentu dan keterikatan
ini telah memberi perbezaan kepadanya daripa
da genre puisi tradis
ional etnik yang lain
di Sarawak.
Leka main
ini ialah warisan daripada kehi
dupan primitif mereka iaitu lahir
dalam masyarakat Iban tradisional ya
ng berfahaman animisma atau pagan.
Puisi rakyat yang diperturunkan dari
satu generasi ke generasi ini ialah puisi lisan
yang penting dalam sastera dan kebudayaan
mereka. Masyarakat Iban mahir bermain
dengan kata-kata dan sebenarnya mereka
akan berasa amat bangga jika digelar
landik
bejaku
(pandai berkata-kata) atau
bepantun
(berpuisi). Terdap
at puisi rakyat yang

 
16
berkaitan dengan kepercayaan
dan keagamaan seperti
sampi
(puisi doa),
sabak, sugi
sakit, renong sakit, pengap, timang jalung, pelian
dan seumpamanya (Jensen, 1964).
Satu tinjauan tentang puisi rakyat masy
arakat Iban telah dibuat dan didapati
bahawa masyarakat Iban mempunyai 46 buah
teks puisi rakyat
(Maxwell, 1989) dalam
bentuk prosa dan puisi ditulis dalam bahasa Ib
an. Daripada jumlah bilangan teks sastera
lisan yang telah dikumpul dan dikenal pasti it
u, 33 buah teks berupa puisi dan 13 lagi
dalam bentuk prosa. Boleh di
katakan bahawa kaum Iban agak
kaya dengan puisi rakyat
dan budaya warisan bangsa.
Leka main
masyarakat Iban merupakan puisi
perkataan yang lahir pada awal
peradaban masyarakat Iban. Ia adalah sa
tu bentuk kesusasteraan yang berkembang luas
secara dinamis dan mapa
n. Pemikiran dalam
leka main
mencerminkan cara berfikir dan
kepercayaan masyarakat Iban, iaitu member
i gambaran tentang cara hidup masyarakat
mereka. Melalui
leka main
dapatlah diketahui corak pemikiran, pandangan hidup,
kejadian yang berlaku, susunan masyarakat dan kepercayaan masyarakat Iban.
Contohnya, dalam
leka main
seperti
ensera, sampi, pelian, pengap, timang, pantun,
jawang, ganu, dungai
dan
sanggai
terpancarlah corak kehidupa
n dan nilai-nilai hidup
masyarakat Iban yang mendukungnya. Keadaan
sekeliling telah menimbulkan corak
pemikiran, ciri-ciri kebudayaan
dan kepercayaan mereka send
iri. Puisi rakyat Ibanl ini
adalah menarik dan indah ungka
pan katanya dari segi bunyi,
rentak, diksi, tekanan dan
perulangan. Ia menggunakan bahasa yang i
ndah untuk menceritakan kecantikan wanita
masyarakat Iban, cara berpakaian, perhia
san dan seumpamanya. Bolehlah dikatakan
bahawa masyarakat Iban mempunyai korpus sastera yang pelbagai.
Steinmayar (1999)
mengatakan bahawa pada masa lampau,
leka main
dipersembahkan secara lisan, dan
Rubenstein (1973) mengakui bahawa tidak ra
mai lagi pemuisi yang mahir menzahirkan
puisi rakyat ini.

 
17
In the past all this literature
was oral, it existed through the
voice and perfor
mance and survived and thrived in the memories
of the people
. …….Regarding the traditiona
l forms, Iban uses both
prose and ve
rse. …….Poetry is remark
ably well developed. …..
Iban is a lan
guage, unlike English, which many thousands of rhymes
are possible, and Iban poets use rhyme to create stanzas that are
tightly woven and highly musical.
(Steinmayer, 1999:113)
Leka main
mengisahkan pelbagai perkar
a tentang hal-hal ketuhanan,
keperwiraan dan kehidupan seharian
masyarakat Iban masa silam
(Rubenstein, 1973) .
Leka main
dan agama berkait rapat deng
an tradisi naratif dan lisan
masyarakat Iban. Menurut Steinmayer (1999:
113), “poetry and religi
on are still closely
related in the Iban tradition”. Oleh sebab
itulah, kebanyakan pemu
isi masyarakat Iban
adalah
lemambang
(pemuisi liturgikal). Misal
nya, mereka melafazkan puisi yang
dikenali sebagai
pengap
(zikir ritual), sebuah puisi Iban
tradisional yang penting dalam
temasya gawai dan juga
pelian
,
iaitu puisi yang digunaka
n untuk mengubati orang yang
sakit dan melindungi diri daripada
antu
(hantu), gangguan makhluk halus dan
sebagainya. Tetamu yang sedang berada di
sesebuah rumah panjang mungkin dijemput
untuk turut serta dalam sesuatu ritual atau upacara
miring
atau
biau
(ritual yang
dilangsung dengan iringan doa)
,
iaitu satu bentuk
sampi
(puisi doa) masyarakat Iban.
Contohnya, ketika
sampi
dilafazkan,
lemambang
akan mengibarkan seekor ayam jantan
atas kepala khalayak yang berada di
ruai
.
Leka main
ialah puisi rakyat Iban yang hidup dalam masyarakat Iban. Ini
kerana
leka main
amat akrab dengan mereka khususnya dalam aktiviti harian,
contohnya ia bukan sahaja sebagai wadah hi
buran semata-mata tetapi juga berkait
dengan acara adat-istiadat dan upacara keagamaan dalam budaya mereka. Terdapat 20
jenis
leka main
dalam masyarakat Iban dan semua jenis
leka main
itu akan
dibincangkan mengikut fungsi-fungsinya
yang berbeza dalam bab-bab yang menyusul.

 
18
Carta 1: Jenis-Jenis
Leka Main
Sanggai
Leka Main
Pantun
Ganu
Serebana
Peransang
Puji
Meri Ngirup
Sayau
Jawang
Ramban
Sugi
Dungai
Pelandai
Wa’ Anak
Renong
Geliga
Ai Ansah
Naku
Pala/Sangkah
Tanya Indu
Timang
Pengap
Pelian
Sampi
Sabak
Sakit
Semain
Karung
Ara
Sabung
Kayau
Semain
Ngayap
Ensera
Rumah
Nyangkah
Antu
Anak
Jalung
Ai Ansah
Kenyalang
N
amaka tuah
Muka kuta
Ngetanka
kuta
Adat

 
19
Carta di halaman 18 menujukka
n kategori dan jenis-jenis
leka main
yang terdapat
dalam khazanah puisi rakyat Iban. Jenis-jenis
leka main
tersebut termasuklah
pantun,
sanggai, ganu, jawang, ramban, sugi, dungai, pe
landai, wa’ anak, ensera, renong,
geliga, ai ansah, tanya indu, naku pala, timang, pengap, pelian, sampi
dan
sabak.
Pantun
boleh dibahagikan kepada lima jenis yakni
meri ngirup, puji, peransang, sayau
dan
serebana. Sugi
pula boleh dibahagi kepada dua, iaitu
sugi ensera
(disebut
sedemikian kerana ia adalah
ensera
tentang Keling) dan
sugi sakit
.
Renong
boleh
dibahagi kepada lima, yakni
ngayap, semain, sabung, kayau
dan
adat
yang boleh juga
dibahagikan kepada tiga –
ngetanka kuta, muka kuta
dan
namaka tuah. Timang
boleh
dibahagi kepada enam, yakni
jalung, anak, nyangkah antu, rumah, ai
dan
kenyalang
.
Kebanyakan
leka main
Iban ini masih relevan hingga kini kerana fungsi-fungsinya
tertentu yang berbeza. Contohnya, terdapat jenis-jenis
leka main
yang berfungsi sebagai
kestabilan sosial dan emosi (akan dibincang dalam bab 4) seperti
pantun, ganu, ramban,
jawang, sugi, renong semain, ensera
(epik atau saga)
, entelah, pelandai karung,
dan
pelandai
ara.
Terdapat jenis-jenis
leka main
yang mempunyai fungsi sosio-budaya dari aspek adat dan
acara keramaian (akan dibincang dalam bab 5) termasuk
renong adat, tanya indu, pantun meri
ngirup, dungai ngerasukka tinchin, ai ansah dan geliga.
Seterusnya, ada
leka main
yang
mempunyai fungsi yang berkait dengan upacara kepe
rcayaan dan ritual (akan dibincang dalam
bab 6) seperti
sampi, timang, pengap, pelian, sugi sakit, renong sakit
dan
sabak. Leka main
yang berkait dengan upacara kepercayaan dianggap mempunyai kuasa untuk ritual invokasi
kepada
petara
mereka semasa
gawai
tertentu. Tiap-tiap
leka main
itu penting kerana fungsi-
fungsinya yang tersendiri, malah puisi demikian wujud kerana fungsi-fungsi berkenaan. Tanpa
fungsi demikian,
leka main
akan mati dengan sendirinya. Sebagai contoh, puisi
naku pala
(atau
sangkah
) telah ‘mati’ dengan sendirinya kerana
masyarakat Iban moden tidak lagi
mengamalkan ekspedisi
ngayau.
Oleh kerana puisi rakyat Iban mempunyai fungsi-fungsi
sosio-budaya yang berbeza,
leka main
berkenaan boleh dibahagika
n kepada dua sifat utama
seperti yang dicartakan di halaman 20.

 
20
Carta 2 :
Leka Main
Yang
Bersifat Sekular dan Sakral
Pantun
Sanggai
Ganu
Ramban
Dungai
Pelandai Ara
Pelandai Karung
Ensera
Renong Semain
Entelah
Sugi
Tanya Indu
Geliga
Renong Adat
Ai Ansah
Jawang
Wa’ Anak
Naku Pala
Sampi
Renong
Kayau
Renong
Sakit
Pengap
Timang
Pelian
Sugi Sakit
Sabak
Leka Main
Leka Main
Sekular
Leka Main
Sakral

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s